Monday, April 20, 2009

Londong




Malam ini saya bertolak ke London, UK atas urusan rasmi.Saya juga akan melawat pejabat Islamic Relief France di Paris.Yang pasti saya akan mencari kedai buku di sana kelak.

Jumpa lagi minggu depan.

Saturday, April 18, 2009

Terkini:Projek Perpustakaan Darul Hikmah, Gopeng




Alhamdulillah, kutipan dana untuk Projek Perpustakaan Darul Hikmah, Gopeng sudah mencapai jumlah RM16110.

Tinggal lagi RM14000 untuk mencapai dana sasaran sebanyak RM30,000.

Khabar gembira yang lain yang harus saya kongsikan dengan anda, Asia Foundation juga telah bersetuju untuk menyumbang buku kanak-kanak untuk projek ini.


Untuk menderma sila ke SINI.

Friday, April 17, 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009




Maaf kerana tidak dapat mengemaskini blog sepanjang minggu ini.Sibuk.

Namun, saya tidak sabar untuk menikmati hujung minggu yang pasti menggembirakan bagi semua kaki buku.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 kembali lagi!

Tahun lepas semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 saya sibuk merayau mencari buku untuk projek perpustakaan rumah anak yatim di Machang,Kelantan.

Tahun ini, saya akan sibuk mencari buku untuk projek perpustakaan di Rumah Amal Limpahan Kasih,Puchong.

Inilah masa terbaik untuk mencari buku dengan harga diskaun hebat dan juga mengambil peluang untuk bertemu dengan penulis-penulis kesohor tanahair.

Saya pastinya akan singgah di gerai PTS dan Utusan Publications untuk berkongsi dengan para pendokong utama projek ini mengenai perkembangan terkini projek perpustakaan di rumah anak yatim.

Selain itu, saya juga akan ambil peluang ini untuk berkenalan dengan penerbit-penerbit buku yang lain untuk mendapatkan senarai buku terbaru dan mungkin juga cuba mengajak sama mereka membantu projek perpustakaan rumah anak yatim Islamic Relief Malaysia dengan memberikan diskaun untuk pembelian buku terbitan mereka.

Jumpa di sana!

Monday, April 13, 2009

common sense

I received this via email.Instead of funds, Someone wants to sponsor these books for the orphanage.

1. Terjemahan "Di bawah Bayangan Al Quran-Syed Qutb"
2. The Nobles Quran – Dr Taqiuddin Al Hilali /Dr Mohsein Khan
3. Tafseer Ibnu Kathir


The books are good. No doubt about it. But, do you think these titles is suitable for the children? I don't think so.

I have come to realise that not only we have to find good and suitable books for the kids but also to educate people on how to give effectively.

That is why we encourage people to give funds instead of books. You may ask, why we require funds instead of books?

1. It will allow us to plan carefully on what kind of books suitable to be bought for the orphanages.

2. To avoid duplication of titles.Rugi!

Anyway, I have emailed the person and suggested him with suitable new titles.

Hope he will understands and still helps.