Wednesday, October 23, 2013

No!

Kredit foto: www.jessiepavelka.com


Baru-baru ini, saya menolak jemputan kerjasama daripada sebuah syarikat korporat bagi meraikan kanak-kanak pesakit kanser di hospital sempena perayaan ulang tahun syarikat mereka.

Saya menolak kerana mereka hanya mahu meraikan sambutan ulang tahun syarikat mereka dengan memberikan 'goodie bags' kepada pesakit kanak-kanak. Sedangkan saya sudah mencadangkan supaya mereka memberikan yang lebih baik daripada itu dengan mencadangkan inisiatif-inisiatif jangka panjang yang benar-benar membantu pesakit kanak-kanak di wad.

"Give what the patients need most." 

Dan, bukannya,

"What makes us feel good!"

Kerana mungkin, "What ever makes us feel good is not what the patients need most."

Saya akan sentiasa mengingati kata-kata seorang kanak-kanak pesakit kanser yang dikongsikan oleh sahabat baik saya,

"Mereka (baca: artis, penyanyi, wakil syarikat korporat) datang hanya kerana mahu bergambar dengan saya. Mereka tidak pernah bertanya khabar saya atau bertanyakan nama saya."

Monday, September 30, 2013

Imagine


Just try to imagine...


All these books...



can do to


these schoolchildren.


Within few days, we have raised RM50,000 to build a library for them. 

Friday, September 13, 2013

Dahulu bilik darjah, sekarang perpustakaan!



Mereka sudah memiliki dua bilik darjah yang baru.

Kini mereka memerlukan sebuah perpustakaan.

Kita akan bina sebuah bilik perpustakaan yang akan dipenuhi buku-buku baru untuk anak-anak terpinggir yang dahagakan ilmu ini.
Tuan dan puan budiman boleh menyumbang dana untuk projek perpustakaan ini kepada akaun Maybank: 162188016529 (Iskandar Syah Ismail). 

Mohon emelkan maklumat transaksi tuan dan puan itu kepada adabi99@gmail.com.

Mudah-mudahan Allah meluaskan rezeki tuan dan puan budiman yang mahu melihat anak-anak ini merasa nikmat membaca buku di dalam sebuah perpustakaan. Amin. Amin.



Nota: Saya tidak boleh bersara daripada usaha menubuhkan perpustakaan ini.  

Saturday, May 25, 2013

Membuat 'Lab Coat' yang baru

Hari ini saya ke gedung kain Kamdar di Jalan Tuanku Abdul Rahman bagi mencari kain untuk dibuat 'lab coat' DR Bubbles yang baru.

Lab coat yang dipakai sekarang sudah lusuh setelah beberapa tahun digunakan bagi menghibur pesakit kanak-kanak di hospital dan juga ketika mengendalikan kursus pengurusan stres di agensi-agensi kerajaan sejak kebelakangan ini.

Saya masih teringat kenangan 'bertikam lidah' dengan tukang jahit ketika mahu membuat lab coat sebelum ini. Beliau berkeras supaya poketnya berwarna biru di kedua-dua bahagian jaket sedangkan saya mahukan ia berwarna kuning di sebelah kiri.

Akhirnya saya mendengar kata beliau. Baru-baru ini seorang peserta kursus pengurusan stres di Kelantan memberitahu, "Tuan, saya rasakan poket lab coat tuan itu seharusnya berwarna kuning."

Saya tersenyum lebar dan mengiyakan saranan beliau itu.

Lab coat ini sebahagian daripada karakter DR Bubbles. Pemilihan warna penting sekali. Bagaimana rasanya memakai pakaian yang kita tidak suka warnanya? Tentu sedikit tidak enak. Ia seolah-olah jiwa kita masih terperangkap dan tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya.

Apabila kita memakai pakaian yang kita suka, jiwa kita yang gembira pasti terserlah!

Oleh kerana itu, kali ini saya menukar selera dengan menghantar kain kepada tukang jahit di Medan MARA yang sudah dilanggani sejak setahun yang lalu. Harganya berpatutan dan perkhidmatannya memuaskan. Baju-baju yang dijahit beliau dan isteri sebelum ini 'sedap' dipakai.

Dan paling penting, salah satu poket lab coat itu nanti pasti berwarna kuning!