Saturday, July 21, 2007

Khidmat Masyarakat: Papan Tanda & Komputer

Saya ke Rumah Anak Yatim Nur Zahrah, Kg Janda Baik,Pahang petang tadi untuk menghantar mesin basuh yang didermakan oleh kariah Masjid Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu mereka masih memerlukan bantuan seperti berikut:
1. Penajaan untuk mendirikan Papan Tanda
- anggaran kos dalam RM300 ke bawah. Saya sudah minta Pengelola Rumah Anak Yatim Nur Zahrah berkenaan, En Yahya, untuk mendapatkan sebutharga yang lebih tepat daripada kedai buat papan tanda di Bentong, Pahang. Kalau ada sesiapa yang ingin bantu silakan seberapa segera angkat tangan!
2. 4 buah Komputer terpakai atau lebih
- bagi menjalankan kelas kemahiran komputer untuk anak anak yatim berkenaan dan juga untuk anak anak kampung sekitarnya yang tergendala kerana sebab yang tidak dapat dielakkan ( hubungi saya untuk nak tahu kenapa kerana kalau saya cerita nanti jadi thread discussion yang tak berkesudahan). Mohon kerjasama saudara yang berminat nak bantu, kalau nak bagi komputer terpakai seelok-eloknya yang baik kondisinya kerana menurut En Yahya, sudah ada 2 komputer rosak didermakan. Defeat the purpose aje bang oii.
Saya boleh dihubungi di email iskandar@makna.org.my.

No comments: