Friday, March 15, 2013

Menjejak Pustakawan Pulau Raasay

Feri ke Pulau Raasay



Saya tidak pernah mengenali Bob McCracken.

Saya membaca kisah beliau di dalam Reader's Digest (Disember '91). Beliau diberi penghormatan oleh majalah itu sebagai salah seorang "Heroes of Today".

Bob tinggal di sebuah pulau kecil yang bernama Isle of Raasay di gugusan kepulauan Skye, Scotland. Jika kita mahu bertandang ke pulau itu, kita terpaksa menaiki feri dari tanah besar Scotland.

Bob adalah seorang pustakawan di pulau itu. Beliau menyediakan perkhidmatan perpustakaan bergerak secara sukarela kepada para penduduk di pulau itu dengan hanya berbekalkan koleksi buku-buku peribadi beliau.

Kadang-kadang, bagi menambah koleksi buku untuk perpustakaannya,  beliau mengeluarkan wang simpanan bagi membeli buku-buku daripada kedai-kedai buku terpakai di Inverness dan Portree.

Saya dapat membayangkan beliau bersusah payah menaiki feri dari pulau itu ke tanah besar Scotland dan kemudian membawa pulang berkotak-kotak buku ke pulau itu semata-mata supaya penduduk di pulau Raasay dapat menikmati buku-buku yang bagus dan menarik.

Justeru, saya tergerak hati bagi mengenali beliau dengan lebih dekat. Lantas, saya mencari maklumat mengenainya di internet.  Jika saya dapat menghubungi, tentu sahaja saya mahu mengucapkan selamat dan rasa terima kasih atas jasa bakti beliau. Namun saya tidak ketemu sebarang maklumat mengenai beliau.

Lantas saya cuba menghubungi Persatuan Komuniti Raasay melalui laman web mereka. Saya menulis,

"Tuan,

Saya baru sahaja membaca majalah Reader's Digest edisi Disember 1991. Di dalam bahagian 'Heroes of Today', penulis artikel itu bercerita mengenai usaha Tuan Bob McCracken di Pulau Raasay mengusahakan perpustakaan bergerak kepada penduduk Raasay.

Saya ingin tahu sama ada perpustakaan yang beliau usahakan itu masih ada sehingga kini? Adakah Tuan Bob masih meneruskan usaha murni beliau itu?"

Beberapa hari selepas saya mengutus emel itu, saya menerima balasan emel daripada David Carslaw, wakil Persatuan Komuniti Raasay. Beliau menulis,

"Tuan Iskandar,

Maafkan saya kerana saya ingin memaklumkan khabar sedih yang Bob baru sahaja meninggal dunia pada tahun lalu. Beliau diserang strok beberapa tahun yang lalu dan beliau tidak lagi berupaya mengendalikan perpustakaan bergeraknya. Tahun lepas, strok kembali menyerang beliau dan malangnya kali ini beliau meninggal dunia.

Perpustakaan bergerak yang beliau usahakan itu sudah dibubarkan. Buku-buku beliau sudah didermakan kepada para penduduk dan juga disalurkan kepada kedai-kedai jualan amal (charity shops) di pulau ini."

Sayang sekali, saya terlewat.

Namun begitu, saya mengambil iktibar betapa Bob melakukan tugasnya itu demi kecintaannya kepada buku dan beliau mahu berkongsi kecintaannya itu dengan orang lain.

Penduduk Pulau Raasay sangat beruntung kerana pernah memiliki sang budiman ini dalam kehidupan mereka.

Malam ini, saya benar-benar berasa seperti kehilangan seorang sahabat.


Saturday, March 02, 2013

Berita Harian

Alhamdulillah, pada hari yang sama artikel mengenai Red Bubbles disiarkan dalam Berita Harian. Artikel Puan Rohaniza Idris sungguh informatif dan well-research. Terima kasih puan atas bantuan puan ini. Saya sangat menghargainya.








TV Hijrah

Alhamdulillah, pagi tadi saya ditemuramah dalam rancangan Alhamdulillah di TV Al-Hijrah. 


Rancangan Assalamualaikum @TV Al-Hijrah

Tuan Shahrul Faizi dan Tuan Ahmad Fadzli UNIC sedang melakukan 'magik'.

Paparan imej aktiviti Red Bubbles


Perbincangan mengenai program Red Bubbles.


Alhamdulillah, berkat doa sahabat-sahabat, perbincangan lancar.


Alhamdulillah, slide breaker tentang bagaimana orang ramai boleh membantu usaha Red Bubbles dipaparkan.



Happy Birthday Yasmin!

DR Bubbles dan Cikpuan Nor Yasmin


When a young cancer patient invited you to her birthday, it was really an honour. You just couldn't turned it down.

She planned everything. From the cake to the goodies she wanted to give to her friends.

I knew why. 

This is the time when she could decide on what she really wants.

Happy 11th birthday, Yasmin!