Thursday, April 15, 2010

Kasih Seorang Sahabat





Saya sering mengelek Reader’s Digest sebagai bahan bacaan mengisi masa lapang kerana saiznya yang kecil memudahkan ia dibawa ke mana-mana. Kisah-kisah benar dan penuh pengajaran serba ringkas yang terkandung di dalam majalah yang sudah menjangkau usia 88 tahun itu tetap segar sepanjang zaman.

Saya menemui kisah ini semasa membelek-belek sebuah majalah Reader’s Digest edisi lama daripada koleksi majalah Reader's Digest di perpustakaan peribadi saya.

Kisah ini telah diceritakan semula oleh seorang pegawai tentera Amerika yang pernah bertugas di Vietnam. Beliau mendengar kisah ini daripada seseorang, namun kesahihan cerita ini tidak dapat dipastikan. Namun, semasa perang, peristiwa-peristiwa aneh seperti ini tidak mustahil berlaku.

Ketika Perang Vietnam yang berlaku pada tahun 1970an, sebuah rumah anak yatim tempatan di sebuah kampung telah dibom oleh pihak Komunis di dalam satu pertempuran dengan pihak askar Amerika.

Akibat serangan bom tersebut, pengurus rumah anak yatim itu telah terbunuh dan ramai anak-anak yatim yang tinggal di situ cedera parah. Mangsa-mangsa yang parah dipindahkan oleh penduduk kampung ke sebuah kawasan selamat yang berhampiran.

Apabila pasukan perubatan daripada sebuah kem askar Amerika berhampiran tiba untuk merawat mangsa-mangsa yang tercedera, seorang kanak-kanak perempuan didapati berada di dalam tahap paling kritikal kerana beliau telah kehilangan banyak darah.

Untuk menyelamatkan kanak-kanak perempuan itu, ahli pasukan perubatan segera melakukan ujian darah di kalangan mereka. Mereka juga menguji darah kumpulan anak yatim yang terselamat.

Sayangnya, jenis darah ahli-ahli pasukan perubatan tidak sepadan dengan darah yang diperlukan oleh kanak-kanak perempuan itu. Kanak-kanak perempuan itu memerlukan darah jenis kumpulan ‘O’ negatif. Hanya penderma yang mempunyai jenis darah yang sama boleh menderma darah untuknya.

Setelah ujian darah selesai dilakukan, ada beberapa orang anak yatim yang terselamat mempunyai jenis darah yang sepadan dengan kanak-kanak perempuan yang semakin lemah itu.

“Anak-anak, kami perlukan bantuan kamu semua untuk menderma darah jenis O negatif secara sukarela untuk menyelamatkan kawan kamu ini.” Salah seorang daripada doktor berbangsa asing itu yang boleh bercakap di dalam bahasa tempatan pijin dan juga menggunakan bahasa isyarat memberitahu kepada kumpulan anak-anak yatim yang masih lagi berada di dalam ketakutan dan trauma itu.

Mujurlah mereka memahami sedikit sebanyak apa yang dikatakan oleh beliau. Namun, tiada reaksi daripada mereka. Sebaliknya, mereka hanya berbisik-bisik di antara satu sama lain.

Tiba-tiba, doktor itu ternampak seorang kanak-kanak lelaki yang berada jauh di belakang kumpulan anak-anak yatim itu mengangkat tangannya.

Namun, dengan tidak semena-mena tangan itu kembali jatuh.

Dan, tangan itu kembali diangkat perlahan-lahan ke atas. Pelik!

Doktor itu memanggil kanak-kanak lelaki itu dan beliau segera tampil.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak itu, doktor segera memimpin tangannya membawa ke stesen pemindahan darah yang didirikan sementara di sebuah pondok kecil berhampiran.

Beliau meminta kanak-kanak itu berbaring di atas papan sambil menyiapkan peralatan untuk pemindahan darah. Kanak-kanak itu akur dan berbaring dengan senyap sambil memandang kanak-kanak perempuan yang memerlukan darah yang terbaring di sebelahnya

Apabila doktor tersebut memegang lengannya untuk memasukkan jarum suntik yang akan menyedut darah dari tubuhnya, tiba-tiba kanak-kanak itu menangis teresak-esak.

Doktor itu tersentak. Beliau segera bertanya di dalam bahasa isyarat sama ada kanak-kanak itu mahu meneruskan prosedur tersebut. Kanak-kanak itu hanya mengangguk-angguk kepalanya.

Doktor itu kembali menumpukan perhatiannya untuk memasukkan jarum suntikan ke dalam pembuluh darah kanak-kanak itu. Beliau harus melakukannya dengan penuh teliti agar tidak mencederakan kanak-kanak itu. Masa juga semakin suntuk memandangkan kanak-kanak perempuan yang cedera parah itu memerlukan bekalan darah secepat mungkin.

Sekali lagi apabila beliau menusuk jarum di lengan kanak-kanak lelaki itu, kanak-kanak itu kembali menangis dan tubuhnya menggeletar.

Menyedari bahawa situasi ini akan membahayakan nyawa kanak-kanak lelaki itu, doktor itu segera menghentikan tugasannya itu.

Mujur pada masa yang sama, pasukan perubatan daripada hospital tempatan tiba untuk membantu. Doktor itu segera meminta pertolongan mereka dan seorang jururawat wanita berbangsa tempatan tampil untuk membantu. Beliau segera menerangkan kepada jururawat berkenaan tentang situasi yang dihadapinya.

Jururawat wanita itu kemudian bercakap-cakap dengan kanak-kanak lelaki itu. Doktor yang berada di sisinya melihat wajah kanak-kanak itu yang sebelum ini kelihatan runsing kini kembali tenang setelah jururawat itu membisikkan sesuatu di telinga kanak-kanak itu.

Jururawat wanita tempatan itu kemudian mengisyaratkan agar doktor itu segera melakukan semula prosedur yang tergendala sebentar tadi.

Kali ini kanak-kanak lelaki itu berbaring tenang dan tersenyum dan membiarkan darahnya disedut ke dalam kantung darah yang disediakan.

Menyedari keanehan situasi yang berlaku, doktor itu bertanya,

“Mengapa anak itu menjadi tenang sekali? Sedangkan sebelum anda datang, saya sukar sekali untuk menusuk jarum di lengannya.”

“Oh, anak ini keliru,” kata jururawat itu sambil tersenyum.

“Beliau menyangka bahawa beliau harus menderma kesemua darahnya agar kanak-kanak perempuan itu dapat terus hidup. Kerana itu beliau menangis.” Jururawat itu menerangkan kepada doktor.

“Jika dia menyangka begitu, kenapa beliau masih mahu berbuat demikian? Bukankah jika beliau menderma kesemua darahnya kelak beliau sendiri akan kehilangan nyawanya?” Doktor itu bertanya kebingungan.

Jururawat itu kemudian segera bertanyakan pada kanak-kanak itu soalan yang diajukan oleh doktor itu.

Kanak-kanak itu menjawab lembut dan jururawat itu mengangguk-angguk faham.

“Apa yang beliau beritahu anda?” tanya doktor itu.

Jururawat itu pun berkata,

“Beliau memberitahu saya, kanak-kanak perempuan itu sahabat baiknya. Oleh itu, beliau sanggup mendermakan semua darahnya demi kawannya itu.”

Tuesday, April 13, 2010

Saya Tidak Tahu!



Lukisan " Osler in The Almhouse" ini dilukis oleh John Howard Sanden. Sumber foto di SINI.


Sir William Osler merupakan seorang pakar perubatan yang terkenal di Canada pada lewat kurun ke-19 dan dikenali ramai sebagai Bapa Perubatan Zaman Moden. Beliau juga dikenali sebagai seorang pakar patologi, pendidik dan juga pencinta buku.

Malah beliau juga dikenali sebagai seorang yang suka mempermainkan orang lain. Pernah sekali dalam satu insiden yang menggelikan hati, beliau yang menyamar dengan nama Egerton Yorrick Davis telah berjaya memperdayakan para editor Philadelphia Medical News agar menyiarkan laporan beliau tentang fenomena ‘penis captivus’ yang terjadi di kalangan lelaki di dalam jurnal mereka.

Ketokohan dan kepakaran beliau membuatkan beliau amat disanjungi dan disegani oleh para ahli perubatan pada zaman tersebut. Tidak hairanlah apabila beliau melawat pesakit di wad hospital, ramai para doktor pelatih akan mengekori beliau dari wad ke wad semata-mata untuk menimba ilmu dan pengalaman daripada beliau.

Sudah menjadi kebiasaan para doktor menulis perkataan singkatan yang difahami mereka pada laporan perubatan pesakit untuk melaporkan perkembangan pesakit.

Namun apabila beliau menulis perkataan G.O.K pada sesetengah laporan perubatan pesakit, para doktor pelatih yang sering mengekori beliau mula tertanya-tanya akan maksud akronim tersebut.

Seorang daripada mereka bertanya kepada beliau,

“Tuan, apakah maksud perkataan G.O.K yang tuan sering catat di dalam laporan pesakit setelah tuan selesai memeriksa mereka?”

Dengan tersenyum sambil mengangkat bahu beliau menjawab,

“Hanya Tuhan Yang Mengetahuinya! (God Only Knows).”

Rupa-rupanya beliau sendiri tidak tahu tentang penyakit yang dihadapi oleh pesakit tersebut dan sekadar mencatatkan akronim G.O.K di dalam laporan perubatan mereka.

Seringkali di dalam kehidupan seharian, kita terperangkap di dalam dunia keegoan kita untuk mendedahkan kepada orang lain bahawa kita tidak tahu atau tiada pengalaman di dalam sesuatu perkara.

Seabad yang lalu, seorang pakar perubatan yang terkemuka secara jujur mengakui bahawa beliau tidak tahu mengajar kita betapa satu pelajaran yang penting di dalam kehidupan ialah bersedia untuk membuang perasaan megah dan bangga diri dan berkata,

“Saya tidak tahu!”

Sunday, April 11, 2010

Smile

(Mujtaba, a child survivor during Bam Earthquake, 2003)


IT COST NOTHING and is worth a lot.

It makes the receiver richer without making the giver poorer.

It is as brief as lightning but often lingers in memory forever.

Nobody is so rich that he can do without it, and nobody so poor that he cannot afford it.

It makes for a happy home, creates goodwill in business and is the sign of friendship.

It gives strength to the tired, uplifts the disheartened, cheers up the sad and is the best remedy against annoyance.

It cannot be bought or begged, borrowed or stolen, because it is so valuable only given as a present.

And nobody needs it more desperately that someone who has none left for others.


What is it? A smile.


(Tages-Anzeiger-Magazin, Zurich)

Saturday, April 10, 2010

Elak Lucah, Tajam dan Api!



Cuba kita imbas kembali lawak jenaka yang berunsur lucah yang dilakukan oleh sesetengah pelawak di kaca TV.

Kita akan ketawa kecil seolah-olah dipaksa-paksa.

Kita tidak akan ketawa terbahak-bahak sehingga mengeluarkan air mata seperti mana kita melihat satu adegan lucu yang berlaku secara spontan dan tidak disengajakan. Misalannya, seorang pelakon teater terlupa skrip perbualannya di hadapan penonton.

Menggunakan unsur lucah, unsur api dan unsur tajam akan membuatkan kita sebagai penonton berasa tidak selesa.

Saya pernah melakukan aksi bercukur dengan pisau cukur dan busa cukur di pentas semasa mengikuti bengkel Eccentric Performing yang diajar oleh Avner Eisenberg dahulu.

Apabila selesai, Avner bangun untuk memberikan komen beliau dan memberitahu,

"Tuan, kami tidak ketawa melihat persembahan tuan sebentar tadi kerana kami berasa amat bimbang sekiranya pisau cukur itu akan melukakan pipi tuan."

Pelawak legenda Amerika, Red Skelton pernah berpesan:

I don't think comedians need to use profanity and four letter words. That kind of talk is a shortcut for thinking.

Sometimes comedians get panicky and want to hear a laugh, so either they use a four-letter word or they insult people.

The audience may laugh at the moment, but as soon as it leaves the theatre, dignity returns. Many in the audience ask, "Why did I go to hear this?"

I don't believe people should have to pay money at the box office to hear things they could read on public-bathroom walls.

Friday, April 09, 2010

Kemahiran Badut: Menjugel




Jugel atau Juggling merupakan kemahiran yang mudah dipelajari. Anda tidak perlu menjadi badut atau bekerja di sarkas untuk mempelajari jugel.

Kemahiran menjugel melatih kita agar cekap menyelaraskan koordinasi tangan dan mata. Saya sendiri sudah beberapa kali berjaya menyambut berus gigi atau botol minuman daripada jatuh ke lantai dengan kemahiran ini.

Jika anda boleh melontar bola daripada tangan kanan ke kiri dan sebaliknya, anda pasti boleh menjugel. Kata kuncinya, melontar dan bukannya menghulur bola. (Nota: Melontar batu ke jamrah tidak sama dengan menghulur batu ke jamrah. Hehehe!)

Saya hanya belajar menjugel melalui siri video di Internet yang mudah dan boleh dilayari di SINI. Tip saya, fahamkan konsepnya dan praktis, praktis, praktis!



Selamat menjugel!

Wednesday, April 07, 2010

Geng Kapak


Membaca tentang telatah Geng Kapak di sebuah sekolah di negeri Pahang(ku) membuatkan saya teringat kepada "kawan saya" di bawah ini.




Mari kita panggil Tuan Stephen Chow tolong banteraskan Geng Kapak di Pahang!

Nota: Memalukan orang Pahang sahaja, budak-budak samseng ini!

Monday, April 05, 2010

Projek Perpustakaan di Kompleks Kebajikan Rukaiyah, Bangi

Sebenarnya projek untuk menubuhkan perpustakaan di Kompleks Kebajikan Rukaiyah (KKR), Bangi ini sudah dimulakan sejak beberapa minggu yang lalu.

Sebelum itu, harus saya terangkan bahawa projek ini usaha peribadi saya dan rakan-rakan blogger dan juga rakan-rakan pencinta buku di Facebook.(Usaha ini juga tiada kena mengena dengan Projek Perpustakaan Rumah Anak Yatim yang dikelolakan oleh Islamic Relief Malaysia (IRM) di mana saya bertugas).


Sehingga kini, dengan bantuan tuan Zamri Mohamad, Kedai Buku BookXcess di Amcorp Mall telah sudi mendermakan tujuh buah rak buku untuk usaha kecil ini. Empat buah disalurkan ke Rumah Anak Yatim Rukaiyah di Bangi dan tiga lagi disalurkan ke Pusat Komuniti Sungai Ramal Luar.

(Rak buku sumbangan BookXcess yang masih kosong..)

Alhamdulillah, setelah menguar-uarkan tentang projek ini di dalam Facebook dan juga melalui SMS, sejumlah dana telah berjaya dikumpulkan melalui usaha rakan-rakan.

Sehingga kini jumlah kasar sumbangan dana ialah sebanyak RM3500.00. Sebanyak RM1000 sudah dimanfaatkan dengan membeli buku-buku terbitan PTS Publications dan Karnadya semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 baru-baru ini.


(Buku-buku yang dibeli di PBAKL 2010)

Saya menjangkakan perpustakaan ini dapat ditubuhkan pada pertengahan Mei 2010 untuk memberi masa kepada rakan-rakan Bloggers dan Facebook untuk menyumbang buku dan juga dana.

Untuk menyumbang buku-buku baru (Ya, saya perlukan buku-buku baru sahaja.:-)), tuan-tuan dan puan-puan boleh menghantarkan buku-buku tersebut melalui pos ke alamat berikut:

Iskandar Syah Ismail,
190A, Lorong Kempas 2,
Kg. Melayu Ampang Tambahan,
68000 Ampang,
Selangor.

Ini bagi memudahkan saya merekodkan buku-buku yang telah diterima.

Untuk mengelakkan pertindihan tajuk buku, saya memohon kerjasama tuan-tuan dan puan-puan hubungi saya dahulu melalui emel : adabi99@gmail.com.

Untuk menyumbang dana bagi membeli buku untuk projek ini,

Ini nombor akaun Maybank saya: 162188016529 (Iskandar Syah Ismail). Mohon juga kerjasama tuan-tuan dan puan-puan untuk memaklumkan kepada saya melalui emel di atas jumlah sumbangan tuan untuk tujuan rekod.

Oleh kerana ini adalah usaha peribadi, maka saya hanya boleh memberikan resit pembelian buku kepada tuan-tuan dan puan-puan sekiranya diperlukan.