Friday, April 27, 2007

Sayang Disayang

Ooooooooo
Angin menderu
Dahan jatuh menimpa batu
Guguran...
Angin menderu
Dahan jatuh menimpa batu
Guguran...
Murai terkejut berkicau-kicauan
Langit mendung diliputi awan
Alamat bumi disirami hujan
Sayang disayang
Hatiku rindu
Orang jauh tak lupa dari kenangan [ulang 2 x]
Fikiran kusut berisau-risauan
Sakit untung ditinggalkan abang
Ibarat kapal tidak berhaluan
Sayang di sayang...

quote of the day

I found this today,

If you make up your mind today
To look for pleasant things,
For smiles or sunshine, bits of fun,
Surprises fortune brings;
If you are slow to find teh worst
But quick to spot the best,
You won't be sorry for yourself
But count yourself well blessed.
It's up to you to make today
As sad as sad or bright and gay.

22, July 1975 (The Friendship Book 1975)

Wednesday, April 25, 2007

cuti

2 minggu saya bercuti sakit. Sakit cukup menginsafkan. Inilah kali pertama saya menghabiskan semua pil antibiotik diberi doktor. Kalau tidak ambil sahaja dan buang setelah telan 2 biji. 2 minggu saya isi dengan berehat sambil membaca buku serta menonton DVD di rumah. Saya sudah habiskan buku oleh penulis John Hughes yang bertajuk, "The End of Sukarno: A Coup That Misfired, a Purge That Ran Wild" dan sekarang sedang membaca buku "Got What It Takes oleh Bill Boggs". The West Wings musim ke-3 sudah separuh habis.

fearlessness

"so often the things we do out of fearlessness - saying,' You know what? I don't care. I am gonna take that leap.'Those are the great successes."

Anna Quindlen
~Pulitzer Prize-winning journalist & novelist~

Tuesday, April 03, 2007

Ke Minneapolis?










(Giovanni Fusetti)


Saya baru sahaja menerima emel daripada Hilary Chaplain yang beria-ria menyokong hasrat saya untuk menyertai kursus intensif badut teater (theatrical clowning) selama 3 minggu dibawah tunjuk ajar guru terkenal, Giovanni Fusetti dari Teatro Kiklos, Italy dan akan berlangsung di Bedlam Theatre, Minneapolis pada 21 April sehingga 13 Mei 2007. Saya sebenarnya selalu merujuk berkenaan program teater atau kursus berkaitan kepada Hilary kerana pengalamannya yang cukup luas di dalam bidang teater komedi di Amerika maka mudah sahaja bagi beliau untuk menilai kursus mana yang baik, guru mana yang handal.












(Bedlam Theatre)

Pihak Bedlam Theatre sudah memaklumkan bahawa ada lagi tempat kosong untuk saya daripada 14 tempat dalam kursus tersebut.

Hati saya sebenarnya berbelah bahagi. Mungkin pengalaman di New York Theatre Clown Festival, September 2006 lepas banyak mengajar saya agar berhati-hati memilih kursus kerana kalau salah pilih, rugi wang dan masa. Maklum sahaja pemergian saya kali ini atas perbelanjaan sendiri dan bajetnya cukup kecil. Namun begitu, saya sudah biasa "merempat" di negeri orang, tidur di atas sofa, merayau di celah kota dengan "weekly pass", tidur di asrama belia atau rakan yang baru dikenali, makan dan minum di tepi jalan(kadang-kadang sambil berjalan) , maka tiada masalah sebenarnya.

Entah kenapa saya tergerak hati untuk menyertai kursus ini, mungkin masih merasakan ilmu yang dikutip selama ini masih tidak cukup. Masih mahu belajar dari mereka yang arif. Sebab lain mungkin, masih mahu berada di luar kepompong kehidupan selesa kebelakangan ini dan terus belajar mengenal diri apabila berkelana di tempat orang.








Monday, April 02, 2007

SMS from Mak

My brother came yesterday (his monthly visit to my house and usually happens bila my gaji dah masuk) and for that I sent this SMS to mak,

"Anakanda nak kena samun minyak kereta dan tomyam hari ini"

and came her reply,

" Bawalah tekoh lampu ajaib bersama anakanda nanti!"