(Giovanni Fusetti)
Saya baru sahaja menerima emel daripada Hilary Chaplain yang beria-ria menyokong hasrat saya untuk menyertai kursus intensif badut teater (theatrical clowning) selama 3 minggu dibawah tunjuk ajar guru terkenal, Giovanni Fusetti dari Teatro Kiklos, Italy dan akan berlangsung di Bedlam Theatre, Minneapolis pada 21 April sehingga 13 Mei 2007. Saya sebenarnya selalu merujuk berkenaan program teater atau kursus berkaitan kepada Hilary kerana pengalamannya yang cukup luas di dalam bidang teater komedi di Amerika maka mudah sahaja bagi beliau untuk menilai kursus mana yang baik, guru mana yang handal.
(Bedlam Theatre)
Pihak Bedlam Theatre sudah memaklumkan bahawa ada lagi tempat kosong untuk saya daripada 14 tempat dalam kursus tersebut.
Hati saya sebenarnya berbelah bahagi. Mungkin pengalaman di New York Theatre Clown Festival, September 2006 lepas banyak mengajar saya agar berhati-hati memilih kursus kerana kalau salah pilih, rugi wang dan masa. Maklum sahaja pemergian saya kali ini atas perbelanjaan sendiri dan bajetnya cukup kecil. Namun begitu, saya sudah biasa "merempat" di negeri orang, tidur di atas sofa, merayau di celah kota dengan "weekly pass", tidur di asrama belia atau rakan yang baru dikenali, makan dan minum di tepi jalan(kadang-kadang sambil berjalan) , maka tiada masalah sebenarnya.
Entah kenapa saya tergerak hati untuk menyertai kursus ini, mungkin masih merasakan ilmu yang dikutip selama ini masih tidak cukup. Masih mahu belajar dari mereka yang arif. Sebab lain mungkin, masih mahu berada di luar kepompong kehidupan selesa kebelakangan ini dan terus belajar mengenal diri apabila berkelana di tempat orang.
2 comments:
kali nie pembelanjaan braper? ada cuti lagi tak? ataupon kena ikut jalan macam kelmarin?
3 minggu tu lama tau beb. bukan nak patahkan semangat, tapi kalau semua cukup, u better start booking your flgt tix. hehe..
Ngapa kena click 2 kali untuk tulis komen dalam blog ko? Leceh ler?
Anyway, thanx for your SMS, congratulating me on the first baby.
What happened to the course in New York? Tak berbaloi sangat ke?
Regarding this new course, if everything is set (including your heart), then you should go! Otherwise, maybe next time or there are other means to learn from that guy?
Post a Comment