Pagi tadi, saya bertandang ke rumah adik saya di Bandar Baru Bangi untuk menemui orang tua saya yang bermalam di situ. Malam semalam adik saya mengadakan majlis tahlil di rumahnya.
Ketika menghampiri kawasan perumahannya, saya berhenti sebentar untuk membeli suratkhabar yang dijual di tepi jalan raya.
Seorang kanak-kanak perempuan India sedang sibuk menghulurkan suratkhabar kepada pemandu kereta yang turut berhenti di situ. Ada dua gerai menjual suratkhabar di situ. Satu lagi gerai berada di seberang jalan. Gerai di seberang dijaga oleh seorang wanita India dan beberapa orang anak-anaknya.
Saya terus menuju ke meja jualan dengan niat untuk memilih suratkhabar dengan tajuk-tajuk utama menarik. Akibatnya saya memilih kesemua suratkhabar selalu saya baca pada hujung minggu.
“Wah, banyaknya suratkhabar”, tegur si kanak-kanak perempuan itu apabila dia datang ke meja jualan setelah selesai melayan pemandu-pemandu kereta yang membeli suratkhabar secara ‘pandu lalu’ sebentar tadi.
Saya hanya tersenyum.
Dia terus mengambil mesin kira dan mengira jumlah bayaran untuk lima naskhah suratkhabar yang saya beli.
Dia menekan-nekan butang mesin kira beberapa kali. Lama.
“Lambatnya awak kira”, saya menegurnya bergurau.
“RM8.50”, katanya sambil tersenyum.
Sebenarnya saya sudah membuat pengiraan mental dan menjangkakan jumlah yang saya perlu bayar hanyalah RM7.50 sahaja.
Saya tersenyum.
Tiba-tiba seorang perempuan India menghampiri meja jualan itu dan bertanya,
“Encik,anak saya salah kirakah?”, rupa-rupanya perempuan India itu ibu kepada kanak-kanak perempuan India itu.
“Oh, tak mengapa. Saya rasa jumlah kesemua harganya hanya RM7.50 sahaja” setelah saya memeriksa harga setiap akhbar.
“Maafkan dia encik. Dia anak istimewa.” Saya terkejut mendengar kata ibunya.
“Dia ‘slow learner”, ibunya fasih berbahasa Melayu dan Inggeris rupa-rupanya.
“Di mana dia belajar sekarang?”, saya memulakan perbualan.
“Di Sekolah Jalan Reko, Kajang”,
“Semasa sekolah rendah, dia bersekolah di sekolah harian biasa”, ibunya meneruskan perbualan.
“Saya tidak sanggup untuk menghantarnya ke sekolah pendidikan khas”, dia berkongsi isi hatinya. Anak perempuannya itu hanya tersenyum berdiri di sebelahnya seolah-olah tidak mengerti.
“Berapa umurnya?”, saya mencelah bertanya.
“11 tahun. Tetapi dia faham sekadar pelajaran Darjah 1 atau 2 sahaja”, jawab ibunya.
Saya berpaling kepada anaknya dan bertanya,
“Siapa nama awak?”
“Ananthajothi”, lancar dia menjawab sambil tersenyum.
“Baiklah, Ananthajothi. Selamat berjaya!”, hanya itu sahaja yang keluar dari mulut saya.
Ananthajhoti terus tersenyum.
Senyuman manis dan jujur.
Cerita pagi tadi masih bermain-main di dalam fikiran saya hari ini. Saya akan terus mengingati seorang kanak-kanak perempuan India yang istimewa dan berjualan suratkhabar untuk membantu keluarga dan mempunyai senyuman yang paling manis di dunia!
10 comments:
apapun yang penting Adik Ananthajothi dan ibunya mengira harga suratkabar itu dengan menggunakan Bahasa Melayu .. walaupun ada akhbar berbahasa English yang dijual ...
Hehehe..betul.Budak perempuan istimewa itu pun fasih berBahasa Melayu.
senyum seindah suria,
yang membawa cahaya....
senyumlah dari hati...
duniamu berseri...
...
...
...
tak ingat dah lirik seterusnya...
sepatutnya diteruskan dengan special education ... a good and nice program for special children ... n there r lot gov and private funding for them at special edu...
apa pun mereka ini penyeri kehidupan ...
Caieja: Jangan senyum-senyum sorang-sorang di tepi Sungai Kuantan tu!
Razifembi: Oh.Ananthajothi kini bersekolah di SM Pendidikan Khas Jalan Reko.Kisahnya mengingatkan saya kepada beberapa orang sahabat yang mempunyai anak sepertinya.
uhhh..saya rasa saya tahu dimana gerai suratkhabar tu...tiap2 minggu beli kat situ...dekat dgn surau & kedai perabot kan??
Iya.Dekat dengan surau itu.
salam utk semua, izin kan sy utk turut mencelah. budak tu memang rajin tolong mak dia. kebetulan hari tu ke bbb, beli s.kabo kat situ, dia berlari ke kereta tanya nak n.paper ape, x bagi saya turun ambil sendiri.
wat tuan punye blog,happy coz dpt jmpa ngan "abg is" ni nama komeh panggil drbubbles masa sk penjom dulu.
boleh saya tau di seksyen berapa? rasa tertarik untuk bersemuka dengan mereka. kebetulan saya sedang giat menjalankan penggambaran untuk dokumentari saya. jadi tidak keberatan untuk saya menemuramah mereka anak beranak :)
Di hadapan sebuah surau tidak jauh dari pasar raya Billion Seksyen 7. Saya jangka gerai itu jalan ke Sg Chua. Mudah-mudahan ia membantu.
Post a Comment