Tuesday, August 24, 2010

Rezeki Ramadan

Seorang sahabat memerhati dan bercerita kepada saya tentang seorang jirannya yang sering datang ke surau di kediamannya untuk membantu menyiapkan jamuan berbuka.

Namun, apabila tiba waktu berbuka, kelibat beliau tidak kelihatan. Rupa-rupanya, beliau pulang ke rumah menunggu suaminya pulang dari kerja.

Itulah rutin beliau setiap hari.

Wanita itu kemudian membuka rahsia.

"Sejak saya datang membantu memasak makanan untuk berbuka di surau, rezeki kami sekeluarga bertambah murah. Suami saya semakin banyak mendapat peluang bisnes akhir-akhir ini."

Suaminya memberitahu beliau,

"Awak teruslah membantu di surau itu,ya."

3 comments:

AuntieYan said...

Salam Dr.

Cerita benar ke??....susah nak cari orang yang sanggup berbuat demikian, tapi insyaallah masih ada insan yang mulia.

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Alaikumussalam Puan AuntieYan,

Cerita benar.Saya selalu berbuka di surau itu dan kawan saya yang membantu memasak juadah berbuka berkongsi cerita.

Saya suka cerita ini kerana semakin banyak kita memberi, semakin banyak pula kita dimurahkan rezeki dengan cara yang tidak disangka-sangka oleh Allah.

Khaidir said...

Alhamdulillah.
Pengajaran dan teladan yang baik.