Saya terkenang.
Pada tahun 1987,apabila abah bertukar sekolah dari SK Penjom ke SK Wan Ibrahim di Kuala Lipis, kami juga berpindah dan menetap di rumah kerajaan di Bukit Kerani, Kuala Lipis.
Dari rumah guru yang kecil dan sempit, kami berpindah ke rumah kayu yang mempunyai ruang dan bilik yang besar. Saya sendiri mendapat sebuah bilik kecil di tepi dapur.
Paling menggembirakan, bekas penghuni rumah ini meninggalkan khazanah paling berharga bagi saya. Di dalam bilik itu, terdapat berkotak-kotak buku, milik anak-anak beliau. Di dinding pula, barisan ensiklopedia sedang menunggu sahaja giliran halamannya diselak-selak.
Sambil berbaring, saya mengenali Audubon, George Washington Carver, dan Sacajawea dalam ensiklopedia People with Great Deeds. (Saya percaya hasil pembacaan itu membuatkan saya teruja mencontohi mereka). Saya juga mula mengenali karya-karya dari Indonesia seperti Salah Asoehan dan sebagainya. Siri Hikayat 1001 Malam yang ditinggalkan mereka juga membuatkan saya berkurung sepanjang hari di dalam bilik itu.
Justeru, saya berterima kasih kepada bekas penghuni rumah itu, kerana meninggalkan sebuah syurga buku bagi seorang kanak-kanak!
2 comments:
Saya juga amat meminati 1001 Arabian Nights!
Nice kan?
Post a Comment