Monday, August 13, 2012

Beri Duit Raya kepada Kanak-kanak pesakit Kanser

Semalam kami kembali ke wad kanak-kanak kanser, KK3, di Hospital Kuala Lumpur. Sayang sekali pesakitnya tidak ramai pada hujung minggu. Kebanyakan mereka pulang ke rumah.

Misi kami kali ini adalah bagi memberi duit raya dan menjamu mereka ayam goreng KFC yang disumbangkan oleh para dermawan budiman.

Siapakah dia ini? Kredit foto: Latfy Anuar Latif
 
Nyata, anak-anak ini dan penjaga mereka masih mengingati DR Bubbles.Walhal, kali terakhir tim Red Bubbles melawat mereka sekitar 3 bulan yang lalu.

Membawa makanan kesukaan mereka
Kredit foto: Latfy Anuar Latif

 Anak kecil ini masih ceria walaupun beliau sudah botak licin akibat kemoterapi.

Sparring partner DR Bubbles.
Kredit foto: Latfy Anuar Latif




Tiga bulan dahulu, beliau  mengenakan kami dengan jenaka, "Boleh...boleh blah!" Kami terkedu. :-)


Siapa juga tidak akan lupa pada senyuman Tuan Kecil Parameswaran ini.

Tuan kecil Param yang sentiasa tersenyum.
Kredit foto: Latfy Anuar Latif


Beliau dijaga oleh abangnya Dines, 16 tahun. Apabila ditanya umurnya, beliau menjawab, "Saya sudah tidak bersekolah lagi. Saya bekerja di bengkel kereta." Saya kelu.

Dinesh, abang yang budiman.
Kredit foto: Latfy Anuar Latif


Semasa melangkah keluar, kami melewati bilik rawatan. Kelihatan seorang anak kecil sedang menangis sambil dikelilingi oleh jururawat dan doktor. Prosedur suntikan kemoterapi bukanlah satu perkara yang menyeronokkan.

Alangkah bagusnya jika DR Bubbles boleh berada di dalam bilik itu dan mengalih perhatian si kecil itu dengan lawak jenaka. Walaupun perjalanan ini masih jauh, namun langkah-langkah awal ini sudah bermula.

Kata seorang sahabat, "Aku tahu engkau tidak akan menceritakan kesusahan yang engkau tempuhi selama ini."

Saya tersenyum. Beliau nyata sekali mengerti.


Terima kasih!
Kredit foto: Latfy Anuar Latif



Nota: Mahukah tuan membantu Red Bubbles meneruskan usaha menghibur hati pesakit kanak-kanak di hospital? Mohon hubungi saya: drbubbles@redbubbles.org.my.

Friday, August 03, 2012

Beraya dengan Kanak-kanak pesakit Kanser



Insya Allah, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Red Bubbles akan melawat pesakit kanak-kanak di wad kanak-kanak kanser KK3, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari Ahad 12 Ogos 2012 ini. 

Mahukah tuan-tuan meraikan mereka dengan memberi duit raya dan menjamu mereka ayam goreng KFC? 

Jika tuan dan puan ingin membantu, mohon hubungi saya melalui emel: drbubbles@redbubbles.org.my.

Thursday, August 02, 2012

Ke Perancis!


Ketika menonton video ini, terdetik di hati, "Aku harus ke Perancis. Aku mesti belajar daripada perempuan tua ini!"

Kata beliau yang masih terngiang-ngiang, "If a clown doesn't take a risk, he is not a clown. He's just making balloons and balloon's bubbles."