Misi kami kali ini adalah bagi memberi duit raya dan menjamu mereka ayam goreng KFC yang disumbangkan oleh para dermawan budiman.
Siapakah dia ini? Kredit foto: Latfy Anuar Latif |
Nyata, anak-anak ini dan penjaga mereka masih mengingati DR Bubbles.Walhal, kali terakhir tim Red Bubbles melawat mereka sekitar 3 bulan yang lalu.
Membawa makanan kesukaan mereka Kredit foto: Latfy Anuar Latif |
Anak kecil ini masih ceria walaupun beliau sudah botak licin akibat kemoterapi.
Sparring partner DR Bubbles. Kredit foto: Latfy Anuar Latif |
Tiga bulan dahulu, beliau mengenakan kami dengan jenaka, "Boleh...boleh blah!" Kami terkedu. :-)
Siapa juga tidak akan lupa pada senyuman Tuan Kecil Parameswaran ini.
Tuan kecil Param yang sentiasa tersenyum. Kredit foto: Latfy Anuar Latif |
Beliau dijaga oleh abangnya Dines, 16 tahun. Apabila ditanya umurnya, beliau menjawab, "Saya sudah tidak bersekolah lagi. Saya bekerja di bengkel kereta." Saya kelu.
Dinesh, abang yang budiman. Kredit foto: Latfy Anuar Latif |
Semasa melangkah keluar, kami melewati bilik rawatan. Kelihatan seorang anak kecil sedang menangis sambil dikelilingi oleh jururawat dan doktor. Prosedur suntikan kemoterapi bukanlah satu perkara yang menyeronokkan.
Alangkah bagusnya jika DR Bubbles boleh berada di dalam bilik itu dan mengalih perhatian si kecil itu dengan lawak jenaka. Walaupun perjalanan ini masih jauh, namun langkah-langkah awal ini sudah bermula.
Kata seorang sahabat, "Aku tahu engkau tidak akan menceritakan kesusahan yang engkau tempuhi selama ini."
Saya tersenyum. Beliau nyata sekali mengerti.
Terima kasih! Kredit foto: Latfy Anuar Latif |
Nota: Mahukah tuan membantu Red Bubbles meneruskan usaha menghibur hati pesakit kanak-kanak di hospital? Mohon hubungi saya: drbubbles@redbubbles.org.my.
No comments:
Post a Comment