Wednesday, October 23, 2013

No!

Kredit foto: www.jessiepavelka.com


Baru-baru ini, saya menolak jemputan kerjasama daripada sebuah syarikat korporat bagi meraikan kanak-kanak pesakit kanser di hospital sempena perayaan ulang tahun syarikat mereka.

Saya menolak kerana mereka hanya mahu meraikan sambutan ulang tahun syarikat mereka dengan memberikan 'goodie bags' kepada pesakit kanak-kanak. Sedangkan saya sudah mencadangkan supaya mereka memberikan yang lebih baik daripada itu dengan mencadangkan inisiatif-inisiatif jangka panjang yang benar-benar membantu pesakit kanak-kanak di wad.

"Give what the patients need most." 

Dan, bukannya,

"What makes us feel good!"

Kerana mungkin, "What ever makes us feel good is not what the patients need most."

Saya akan sentiasa mengingati kata-kata seorang kanak-kanak pesakit kanser yang dikongsikan oleh sahabat baik saya,

"Mereka (baca: artis, penyanyi, wakil syarikat korporat) datang hanya kerana mahu bergambar dengan saya. Mereka tidak pernah bertanya khabar saya atau bertanyakan nama saya."

1 comment:

kOcHa said...

wah, best nyer baca blog dr.bubbles..baru saya tahu kewujudan blog ni..hehe.. sbb saya pun ade blog : www.bubblesblow.blogspot.com
ade..bunyik bubble gitu sbb saya suka main tiup air sabun..hehe..berminat utk tahu mcm mne dr bubbles leh jadi sukarelawan? sbb saya sgt berminat utk join khidmat masyarakat :)