Friday, February 20, 2015

Bengkel Physical Comedy for Hospital Clowns


Alhamdulillah! Termakbul akhirnya hasrat saya bagi menganjurkan bengkel Physical Comedy for Hospital Clowns pada minggu depan apabila MyCreative Ventures bersetuju pada saat-saat genting bagi menaja bengkel ini. 

ITBM pula bermurah hati bagi memberikan dewan mereka untuk bengkel ini. Mudah-mudahan Allah memberikan balasan yang baik kepada orang-orang yang baik hati ini. Amin.

Hilary akan bertolak dari Hong Kong pada hari Selasa ini. Sudah lama saya tidak bertemu beliau. Kali terakhir sewaktu bengkel SpyMonkey Masterclass di New York City. Senang sekali saya berurusan dengan beliau dan persahabatan kami sejak 10 tahun yang lalu terus utuh.

Bengkel ini is the first step towards the formation of strong clown doctors team for Red Bubbles. There are so much things I want to do to make it happens. We need strong team this year to serve the sick kids in PPUKM and HSI in JB.

Ya Allah, permudahkanlah usaha aku ini. Amin.

Monday, February 09, 2015

Bengkel Physical Comedy oleh Hilary Chaplain

Tahun ini saya anggap sebagai tahun membina keupayaan tim Red Bubbles.

Salah satu usahanya ialah melatih ahli sukarelawan Red Bubbles dengan kemahiran menghibur pesakit kanak-kanak di hospital. Dengan adanya team yang kuat dan terlatih, kita boleh melawat lebih ramai pesakit kanak-kanak dengan lebih kerap lagi.

Targetnya kita dapat pergi menghibur mereka dengan kekerapan seminggu sekali.





Makanya saya sedang usaha agar bengkel ini dapat diadakan pada hujung bulan ini. Tempat latihan sudah berjaya diperoleh. Terima kasih kepada pihak ITBM atas bantuan yang diberikan.

Saya sekarang berharap agar bengkel ini mendapat penajaan segera supaya para peserta yang mendaftar tidak perlu membayar yuran semahal RM600. 


Peluang belajar dengan Hilary Chaplain ini is a great opportunity.

Termujur beliau berada di Hong Kong pada hujung bulan ini. Oleh kerana beliau sudah berada begitu hampir dengan Malaysia,  beliau menawarkan untuk berkongsi pengalaman dan kepakarannya dalam bidang physical comedy serta hospital clowning kepada tim Red Bubbles. 

Saya menyambut peluang ini (Saying Yes to every opportunity! Azam saya untuk tahun 2015!)  walaupun hakikatnya saya tidak ada modal bagi membawa beliau ke sini. Namun kita usahakan sahajalah sehingga berjaya!

Mudah-mudahan Allah mempermudahkan upaya kita ini! Amin.


Sebenarnya ada lagi mahu diceritakan. Saya akan sambung kemudian.