Monday, February 09, 2015

Bengkel Physical Comedy oleh Hilary Chaplain

Tahun ini saya anggap sebagai tahun membina keupayaan tim Red Bubbles.

Salah satu usahanya ialah melatih ahli sukarelawan Red Bubbles dengan kemahiran menghibur pesakit kanak-kanak di hospital. Dengan adanya team yang kuat dan terlatih, kita boleh melawat lebih ramai pesakit kanak-kanak dengan lebih kerap lagi.

Targetnya kita dapat pergi menghibur mereka dengan kekerapan seminggu sekali.





Makanya saya sedang usaha agar bengkel ini dapat diadakan pada hujung bulan ini. Tempat latihan sudah berjaya diperoleh. Terima kasih kepada pihak ITBM atas bantuan yang diberikan.

Saya sekarang berharap agar bengkel ini mendapat penajaan segera supaya para peserta yang mendaftar tidak perlu membayar yuran semahal RM600. 


Peluang belajar dengan Hilary Chaplain ini is a great opportunity.

Termujur beliau berada di Hong Kong pada hujung bulan ini. Oleh kerana beliau sudah berada begitu hampir dengan Malaysia,  beliau menawarkan untuk berkongsi pengalaman dan kepakarannya dalam bidang physical comedy serta hospital clowning kepada tim Red Bubbles. 

Saya menyambut peluang ini (Saying Yes to every opportunity! Azam saya untuk tahun 2015!)  walaupun hakikatnya saya tidak ada modal bagi membawa beliau ke sini. Namun kita usahakan sahajalah sehingga berjaya!

Mudah-mudahan Allah mempermudahkan upaya kita ini! Amin.


Sebenarnya ada lagi mahu diceritakan. Saya akan sambung kemudian.

No comments: