Friday, April 22, 2005

Kenyataan Akhbar

Kuala Lumpur - Jumaat
Adapun posting " Kluang Railway Station" telah mengundang pelbagai kenyataan tentang isu dan status "ibu mertua". Berikut di lampirkan kembali kenyataan-kenyataan daripada Persatuan Ibu-ibu mertua London dan juga Ibu Mertua Anonymous (satu pertubuhan NGO yang membela nasib ibu mertua di Meru, Klang) dan Agensi Berita Basi Yang berpusat di Jerman.
Berikut adalah kenyataan balas badut untuk memberi gambaran sejelasnya terhadap isu "ibu mertua" yang telah mendapat liputan meluas di seluruh dunia.


1. Isu hubungan badut dengan penyanyi popular dan ibu mertua di london
Si badut menafikan sekeras-kerasnya gosip liar mengaitkan beliau dengan si penyanyi pofular dan ibu mertua di london. Tiada sebarang MOU atau MOA ditandatangani diantara mana-mana pihak untuk tujuan risik-2 ke apa ke. Namun si badut melihat isu ini mulai ribut-ribut setelah beliau menyiarkan siri lawatan ke Kluang bersama "ibu mertua" yang jelas telah menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

2. Isu mahkamah syariah
perkara ini telah dirujuk kepada Mssr. Karpal melalui kawan si badut yang bekerja sebagai coffee lady di pejabat Mssr. Karpal untuk tindakan undang-2. Adalah disyaki bahwa kenyataan itu punyai niat nakal.


3. Isu ikat perut
Isu ini ada kebenarannya. si badut kini sedang mengikat perut di waktu malam. "no dinner" after 7 dan sentiasa berjogging setiap hari untuk menjayakan program Malaysia Cergas.


4. Isu majalah pojok Jerman dengan cerita-cerita sensasinya
ish..ish..mana la dapat cerita ni. untuk makluman majalah pojok jerman itu mempunyai 2 pemegang saham terbesar; iaitu seorang auntie yang digembar-gemburkan sebagai ibu mertuasi badut di london, seorang editor majalah web di malaysia. Masing-masing punyai kepentingan sebanyak RM5.00 di dalam majalah pojok tersebut.


5. Siapakah "ibu mertua" tu?
"Ibu mertua" tersebut adalah rakan setugas si badut yang sedang dalam siri lawatan ke seluruh negara. Untuk makluman semua terutama agensi berita basi Jerman, kebetulan beliau dan rombongan lawatan berada di negeri kelahiran si badut dan 2-3 hari lepas telah pun bertemu dengan ibu si badut di Jerantut Pahang dan bermalam di rumah "besan"nya. nampaknya mereka dah serasi bak kata orang-orang tua atau dalam bahasa Jawa kuno "bonded well" berkongsi minat dalam bidang masakan dan bercucuk tanam.
Malah ibu si badut sempat membekalkan "ibu mertua" dengan benih-benih pokok kepada ibu mertua untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.
Ktika berangkat pulang ke Kuala Lumpur, "ibu mertua" telah tertinggal kasutnya dan rombongan terpaksa berpatah balik ke rumah ibu si badut untuk mengambilnya. Ini merupakan 'strong sign' menunjukkan bahawa something is going to happened. hehehe....
Namun untuk menjawab segala persoalan tentang siapa "ibu mertua" itu berikut disertakan petunjuk yang mungkin boleh membantu agensi berita basi Jerman yang suka menyiarkan cerita-2 sensasi itu:


"Ibu mertua" is the proud mother to a young lady who just won the best oralist in the recent moot in Washington USA.


Penutup
si badut tidak dapat dihubungi buat masa ini kerana sibuk dengan siri lawatan ke seluruh negara bersama "ibu mertua" dan rombongan. Minggu depan mereka akan ke Terengganu dan Kelantan. Sempatlah "ibu mertua" shopping kain batik dan kain tudung untuk dibawa pulang ke KL kelak.


Rujukan kenyataan berkaitan

At 1:42 AM, Kak Teh said…
JERANTUT (ISNIN): Seorang Badut telah dihadapkan ke mahkamah syariah sini semalam kerana dituduh memiliki beberapa orang ibu mertua. Badut tersebut kali terakhir dilihat cuba mengambil hati mangsanya yang terakhir di sebuah stesen keretapi usang, jauh daripada rumah kediaman ibu mertuanya yang lain-lain. Pada waktu yang sama, badut tersebut juga telah mengirim pesan agar orang yang juga diakui ibu mertuanya yang kini berada di London, supaya merisik seorang penyanyi terkenal yang berasal dr negerinya sendiri. Tabiatnya ini sememangnya sudah lama diperhatikan oleh orang ramai.Ketika disoal oleh hakim di mahkamah tersebut mengapa satutidak mencukupi, dia dengan selambanya menjawab:Tuan Hakim, saya memang pandai juggle!


At 2:39 AM, Anonymous said…
berita terkini...berita terkini...Dari sumber yang boleh di percayai, kedengaran bisik-bisik dari salah seorang dari ibu mertuanya yang Badut sekarang cuma mampu membodek bakal ibu mertua di kedai kopi dengan sepinggan nasi lemak berharga 50sen. Sumber ini juga memberitau yang Badut terpaksa mengikat perutnya sendiri kerana dengar kata penyanyi terkenal itu telah meminta berdulang-dulang hadiah ala puteri gunung ledang..

At 11:32 AM, MakNenek said…
DARI BILIK BERITA BASI-Tabloid-Sensasi-Yang Boleh Anda Percayai-Jumaat, 22 April 2005Desas desus cerita tentang Entertainer glamer, Dr. Bubbles, sudah sampai ke meja Bilik Berita Basi malam semalam. Wartawan mendapat beberapa SMS yang merayu agar Bilik Berita Basi menerbitkan cerita ini secepat mungkin.Dr. Bubbles, seorang badut, pernah dihalau oleh Ibu mertuanya satu masa dahulu oleh kerana dia bukan Loyar atau Majistret. Isterinya, Sabariah juga turut hampa kerana sangkakan dia adalah ahli muzik. (Maklumlah, career pilihan Dr. Bubbles ni memang unik). Artis terkenal CT, yang sekampung dengannya, juga telah mengadukan kepada pihak polis yang mengisukan waran, agar jarak antara Dr. Bubbles dengannya, mesti tidak kurang dari 1km bila bila masa. Ini disebabkan, percubaan Dr. Bubbles memikatnya dalam baju kerjanya (pakaian badut), kurang menyenangkan penyanyi tadi yang dipercayai mengigau waktu tidur selama 7 hari berturut-turut. Paling terkini, Dr. Bubbles dipercayai cuba tactic baru untuk mengambat hati ibu mertuanya yang entah keberapa (menurut laporan dari bilik berita lain). Apabila sumber kami menyelidikinya, makcik tadi tidak punya anak perempuan pun. Makcik itu mempunyai 3 anak lelaki, tapi satu dipercayai telah menjalani operation di Thailand suatu masa dahulu. (Maaf, operation apa, kami tak dapat nak jelaskan)Sekian dari KamiKami mengintip demi anda.

11 comments:

tulip said...

hi dr. bubbles. i was blogsurfing. read some of your previous posts, and i thought.. now i regret telling my mom, 10 years ago, i wanted to be an engineer instead. :)
regards

Unknown said...

Is,

Ini posting macam nak `cover line' je... ;)

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

tulip: hehehe. life is like a box of limau jeruk.

jiwarasa: if u can't beat them. join them.dun worry if good things happens i will let u know definitely. for now, merepek is FUN!

Anonymous said...

Err..terkantoi ekk Isk??? *grin*

Funny entry. :)

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

mobilemom: oppss!

Anonymous said...

MIL = Melati's MOM??? Err...ex-SSP tuh!

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

ck: correct. it's melati's mom.hai kalau lah jadi mak mertua gua...memang best!

CK, are you x-SSP? tahun bila? am looking for an old friend.she was SPM 94.reply me if you are in that era.

Anonymous said...

Sent you an email already, check your Yahoo inbox, heh.

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

ck: got it. thanks. :)

atenah said...

very cute, veru cute but why have to cover line

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

atenah: eh cover the line ka? hahaha....ish nolah...