Saya suka berbual dengan orang. Mungkin sifat ini diwarisi daripada abah yang memang terkenal dengan keperamahannya. Selalu kalau abah lambat balik dari pasar, kata mak “ biasalah abah, habis semua orang di pasar dia tegur”.Macam wakil rakyat. Kami selalu pening kepala kalau waktu kenduri kendara. Bila ditanya tentang jemputan, siapa yang dia jemput? berapa ramai? memang tiada jawapan konkrit dari abah. Sedar-sedar, bila hari kenduri, berpusu-pusu orang datang. Kalau kenduri kahwin ( sudah 3 kali), jemputan yang datang mesti tidak kurang dari 1000 orang. Stail abah – jumpa orang dimana-nama terus jemput. Yang peliknya kalau dijemput mesti datang dan lauk dan nasi minyak mesti cukup dan sedap!
Hari ini saya sepatutnya bertemu dengan Prof Shukor Kasim dari Amanah Ikhtiar Malaysia untuk berbincang tentang projek Mikrokredit MAKNA di pejabatnya. Semalam sudah menelefon pembantunya, Puan N. Dia M.C. Susah betul nak bercakap dgn Pn. N untuk tetapkan temujanji dgn Prof Shukor sebelum ini. Cuti, MC dan sebagainya. Kali terakhir bercakap dengannya Isnin lepas. Nak marah juga rasanya bila berhadapan dengan karenah orang macam ni.
Pagi-pagi tadi , Pn. N menelefon saya dan memaklumkan kepada saya tentang temujanji tersebut dan sebelum meletakkan telefon, saya sempat “ringan mulut” dengan ramahnya bertanya kepada Pn. N,
“ Pn. N, you tak sihat ke 2-3 menjak ni?”
Dia menjawab, “ Oh, suami saya meninggal baru-baru ini”. Oh! Tergamam saya sejenak. Timbul rasa simpati. Rupa-rupanya ada sebab kenapa Pn. N sukar dihubungi selama ini. 2 minggu lalu suaminya meninggal dunia akibat penyakit jantung yang hanya diketahui Pn. N sebulan selepas mereka berkahwin. Sudah 6 tahun mereka berkahwin dan sepanjang 6 tahun itulah dia menjaga suaminya dengan tekun.
Maka, bermulalah perbualan panjang saya dengan Pn. N. Dia bercerita tentang arwah suaminya yang menghidap penyakit jantung sejak mereka mula berkahwin dahulu. Dia terus bercerita tentang rawatan berbulan-bulan dijalani oleh arwah suaminya itu. Banyak kisah kami bualkan.Saya banyak mendengar dari bercakap ketika itu.
Selepas selesai dan meletakkan telefon, saya terfikir betapa mudahnya juga kita membuat tanggapan tentang sesuatu perkara tanpa usul periksa. Saya ‘terkena’ hari ini (reminds me of the concept of paradigm shift).
Dan saya juga merasa pelik kerana betapa mudahnya seseorang itu meluahkan rasa dan berkongsi sesuatu yang mungkin terlalu peribadi kepada orang yang baru dikenali.
I learned something today.
4 comments:
Hmm.. i too learnt something today. Thank you.
betul tu; belum kenal, belum tahu. kita memang selalu buat anggapan... lumrah manusia.
I have a lot to learn from you, seriously.
Puan N is a tough lady indeed. I learnt too, and grateful for everything that i have.
Post a Comment