Thursday, October 06, 2005

cherita dari maine II: catatan jurnal (24 Ogos 2005)

baru sahaja tamat video session di barn. malam ini kami menonton filem lama tentang clown dari switzerland bernama Grock. sekarang sudah pukul 11 malam di sini.

sebelum video session, telah berlangsungnya daily night performance di mana pasti ada students yang tampil membuat persembahan dan menerima komen dan kritikan daripada Avner dan Julie. Malam ini hanya si Avner sahaja yang hadir untuk memberi komen dan suggestionsnya.

Saya membuat persembahan yang simple. To come to stage and sit on a high stool and to eat peanut butter sandwich. Sebenarnya rakan sebilik saya di Barn, Tavis Beem dari Clown Conservatory San Francisco (seorang graduate anthropology) sudah beberapa hari memujuk saya untuk mengulangi performance saya semasa di kelas sebelum ini yang padanya cukup kelakar. Entahlah. Saya tidak tahu bagaimana saya melakukannya sehingga dilihat dan dinilai mereka sebagai funny and hilarious. Pada hemat saya hanyalah berada di atas pentas untuk menyelesaikan masalah mengikut clown logics yang diajar oleh Avner dan Julie sebelum ini.

Prinsip yang diajar amat mudah: if you got a problem you got to deal with it. And to deal it is by asking internally this sentences;

"Oh! That's interesting!"

"Oh I know..." dan terus membuat keputusan dan mencari penyelesaian kepada masalah tersebut

Itu sahaja prinsipal yang saya gunakan semasa workshop.

No comments: