Dear Siti,
Assalamualaikom. (tak jawab-jawab lagi ?)
saya dengan ini , tanpa perlu menghantar sms seperti seorang YB yang baru sahaja didenda RM550 kerana menceraikan isterinya 5 tahun dulu itu, ingin memutuskan perhubungan kita yang masih belum terjalin kerana saya sudah tergila-gilakan orang lain.
Dia adalah ratu cantik dari negeri Tartastan kononnya terletak di sebelah matahari tenggelam dekat dekat dengan trafik light. Jauhnya negeri itu lebih jauh dari Jerantut ke Kuala Lipis. Kalau tambang bas Lin Siong dari Jerantut ke Kuala Lipis ialah RM3.80 (sebelum harga diesel naik tempoh hari) saya rasa kalau ke Tartastan ada la 45 kali ganda atau lebih.
Semalam siti buat statement dalam press kata, " siti masih macam dulu". Saya ingat saya ada chan la kan dan ingin menulis surat buat kali ke-3 menyatakan harapan. Tapi hari ni baca suratkhabar tengok ada gambar si gadis tuan puteri rupawan dari negeri Tartastan lalu terus jatuh hati. And dalam hati saya, "Boleh jalan la Siti!"
Yelah, pandai menjahit, memasak (apa benda dia masak pun saya tak tahu), baca Al-Quran dan menjemur kain. Aduh aduh terpesona saya seperti terpesonanya Sultan Zainal Abidin dengan Siti Zubaidah dalam Syair Siti Zubaidah. Nama dia Dilar Sadiqova. kalau tunjuk gambar dan cerita kat mak saya sure lulus ujian masa punya. Dalam masa 10 saat aje dia akan cakap, " Lantak kau lah labu! Aku dah tak kuasa nak layan angau kau tu!".
Maka dengan itu saya minta Siti tak payah la balas-balas surat saya tu. Buang masa aje. Pegi la cari Datuk K ke Datuk X ke Datuk PQ ke..Saya dah tak kisah ...lagi pun modal saya tulis surat hanya 90 sen aje duit setem.
Lagipun payah la nak risik risik gadis gadis melayu ni kan.. banyak songehnya dari kalangan mak mak mertua kakak dipertua ni. ada yang nak bagi kucing nama snowbell la (hehehe...saya sedang terkekekek menahan ketawa) , ada satu tu nak lelong adik dia sampai 1.3 billion la(heheh...), ada suruh meminang peti sejuk la sebagai jawapan. Tak pe tak pe....nanti la kalau saya beroleh ratu cantik Tatarstan siapla..kawin saya nanti saya ajak depa tapi saya bagi depa kupon Value Meal Mcdonald aje masa kenduri kawin ..wa cakap lu...
Oklah siti saya berundur dulu. Ada kelas bahasa Tatarstan malam ni.Esok saya nak beli peta nak cari kat mana negeri Tatarstan ni. Agak-agaknya disitu lah tempat terciptanya cream of tartar tak pun minyak tar buat jalan.
Sekian.
saya yang baru sahaja beralih angin kus kus,
Dr Bubble bin Bubblay
Hartawan yang tak kenal Dr Elie mahu pun Siti.