Monday, January 23, 2006

Dear Siti (warkah terakhir)

Dear Siti,
Assalamualaikom. (tak jawab-jawab lagi ?)

saya dengan ini , tanpa perlu menghantar sms seperti seorang YB yang baru sahaja didenda RM550 kerana menceraikan isterinya 5 tahun dulu itu, ingin memutuskan perhubungan kita yang masih belum terjalin kerana saya sudah tergila-gilakan orang lain.

Dia adalah ratu cantik dari negeri Tartastan kononnya terletak di sebelah matahari tenggelam dekat dekat dengan trafik light. Jauhnya negeri itu lebih jauh dari Jerantut ke Kuala Lipis. Kalau tambang bas Lin Siong dari Jerantut ke Kuala Lipis ialah RM3.80 (sebelum harga diesel naik tempoh hari) saya rasa kalau ke Tartastan ada la 45 kali ganda atau lebih.

Semalam siti buat statement dalam press kata, " siti masih macam dulu". Saya ingat saya ada chan la kan dan ingin menulis surat buat kali ke-3 menyatakan harapan. Tapi hari ni baca suratkhabar tengok ada gambar si gadis tuan puteri rupawan dari negeri Tartastan lalu terus jatuh hati. And dalam hati saya, "Boleh jalan la Siti!"

Yelah, pandai menjahit, memasak (apa benda dia masak pun saya tak tahu), baca Al-Quran dan menjemur kain. Aduh aduh terpesona saya seperti terpesonanya Sultan Zainal Abidin dengan Siti Zubaidah dalam Syair Siti Zubaidah. Nama dia Dilar Sadiqova. kalau tunjuk gambar dan cerita kat mak saya sure lulus ujian masa punya. Dalam masa 10 saat aje dia akan cakap, " Lantak kau lah labu! Aku dah tak kuasa nak layan angau kau tu!".

Maka dengan itu saya minta Siti tak payah la balas-balas surat saya tu. Buang masa aje. Pegi la cari Datuk K ke Datuk X ke Datuk PQ ke..Saya dah tak kisah ...lagi pun modal saya tulis surat hanya 90 sen aje duit setem.
Lagipun payah la nak risik risik gadis gadis melayu ni kan.. banyak songehnya dari kalangan mak mak mertua kakak dipertua ni. ada yang nak bagi kucing nama snowbell la (hehehe...saya sedang terkekekek menahan ketawa) , ada satu tu nak lelong adik dia sampai 1.3 billion la(heheh...), ada suruh meminang peti sejuk la sebagai jawapan. Tak pe tak pe....nanti la kalau saya beroleh ratu cantik Tatarstan siapla..kawin saya nanti saya ajak depa tapi saya bagi depa kupon Value Meal Mcdonald aje masa kenduri kawin ..wa cakap lu...

Oklah siti saya berundur dulu. Ada kelas bahasa Tatarstan malam ni.Esok saya nak beli peta nak cari kat mana negeri Tatarstan ni. Agak-agaknya disitu lah tempat terciptanya cream of tartar tak pun minyak tar buat jalan.
Sekian.

saya yang baru sahaja beralih angin kus kus,
Dr Bubble bin Bubblay
Hartawan yang tak kenal Dr Elie mahu pun Siti.

11 comments:

Kak Teh said...

Dr Eley Bubbley -al ye elehhhhh! Nampaknya merajuk sakan Dr Eley dengan perempuan-perempuan melayu. Nanti jumpa mak mertua tarastan atau adasstan ke, dia suruh buat stunt sebelum berkahwin dengan anak dia - baru lu chai!

Buat lah koleksi surat kepada siti yang tak dapat balasan ni...nanti kak teh boleh buat review.

Uja said...

kelakar habis!! you made my day after a looong day at work!!

Mr Hobo said...

ini latuk manyiak popular lah hari ni brother

Anonymous said...

Alooo teddy bear...

Err..sebelum awak berhijarah ke Tartastan ke apa nama tempat tu, awak kena belajar and ambik lesen keta kuda (itu status mercedes) atau pun kete lembu (status WAJA). Dapat isteri Ratu ni cek, maintanance tinggi woah!! Every month kena ada budget utk make-up, baju bling bling, padicure/manicure, tudung kaler yang banyak bling bling, makanan, kasut lagi dan sebagainya.

Lepas tu, kena rajin bawak dia keluar dalam kete kuda awak tu. Kan ratu cantik..kena lah tayang..."Ini bini gua! See NO TOUCH!!" Oh dalam pada itu gaks,
awak kena belajar masak. Ye lah dia cakap pandai masak, tapi kan RATU..tangan kena lembut dan tak kasar.. so you have to do the cooking and cleaning of the house.

Lepas tu pulak, bila dah beranak, nak kena hantar slimming center, beli jamu nak kuruskan badan balik. Kan RATU! Kena maintain badan tu!!

So, I wish you all the best! Bila buat kenduri kendara nanti, jgn lupa jemput kita ni yang tak seberapa. :) Value Meal McD pun jadi la!!!

Nazrah Leopolis said...

amboih besarnya hajaaaaaaaaat.

sebut 40 kali insyaAllah jadi doa. but be careful what you wish for. *wink*

pr3ttych3rry said...

u know what dude!??

i still wish u all the best!!!

couldnt stop smiling...=D i will be waiting mor my McD coupon ya..

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

kakteh: hehehe..kuang kuang kuang..merajuk abis wa cakap lu!

uja: saya serius ni!!hehe..

mr hobo: hayya ini latuk lor manyak manis mulut woo..

mm: prosperity burger cupon untuk u! special!

nazrah: idak aih...ada sedang-2 juga hajat!

pretty zinta pokok ceri: what? what? u pun i bagi prosperity burger cupon...hehehe

Anonymous said...

dr elie iskandar bubbles,

awak ada tak terbatuk-batuk 2 hari lepas ?? kita kan.. bercerita pasal awak masa kita kat chinatown dgn mak mertua tak jadi tu! eh.. bukan gosip, cuma bercerita !! betul kata kakteh, buatlah koleksi .. bila dah publish nanti, hantar satu copy ya !! signed copy.

yg masih mengharap,
klmuk

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

klmuk: batuk darah lagi tau!

hehehe...koleksi warkah kepada siti
oleh taruna frust..ok tak titlenya?

Unknown said...

Iskandar,
Yo're cracking me up. Bersembur chai dari mulut saya.

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

anasalwa: saya tidak bersalah!heheh