Friday, October 26, 2007

Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman















Saya akan ke Ipoh petang ini untuk menghadiri Majlis Perayaan Jubli Emas STAR Ipoh yang akan berlangsung esok.

Ke sana, saya akan tumpang kereta rakan sekolah dan sudah berjanji dengan beliau untuk berjumpa di Stesen LRT Sentul. Rancang saya untuk mengisi masa sementara menunggu ketibaan beliau pada pukul 8 malam ini ialah dengan menghabiskan pembacaan buku Travelog Haji tulisan Prof Muhd Kamil Ibrahim.

Namun hajat itu tidak kesampaian kerana saya sudah menghadiahkan buku itu sebentar tadi kepada rakan sepejabat yang akan menunaikan haji pada tahun ini. Saya doa dan harap agar beliau membacanya dihujung minggu ini dan berikan pendapatnya tentang buku ini minggu depan. Saya pasti buku ini dapat meleraikan kerisauannya untuk bertandang ke tanah suci Makkah.

Saya tidak mampu menghabiskan bacaan saya malam tadi bukan kerana mengantuk tetapi menangis teresak-esak apabila habis bab yang ke-19!

Saya sudah email pada Prof. Muhd Kamil untuk membeli lagi 5 buah buku terus daripada beliau untuk dihadiahkan pada ibu saya, kawan-kawan. Saya sudah terima 3 buah buku dan dihadiahkan pula sebuah buku oleh Prof.Muhd Kamil (Terima kasih tiada terhingga!).

Semalam saya hadiahkan sebuah kepada saudara Zulkifli dari kumpulan muzik Dewangga Sakti, kerana sudah berniat untuk berkongsi kegembiraan membaca buku ini dengan rakan ulat buku saya ini!

Hari ini saya hadiahkan pula pada rakan sepejabat dan saya sudah telefon ibu saya (yang sudah pun menunaikan haji pada tahun 2000) dan memberitahunya yang saya akan mengepos buku itu secepat mungkin. Seorang rakan blogger dan bapanya akan menerima buku yang sama. Dan rakan blogger di perantauan juga akan terima sebuah buku ini.

Kalau ditanya kenapa saya berbuat demikian ( saya cukup kedekut untuk beri buku koleksi peribadi pada orang lain), saya bukan mahu menunjuk-nunjuk, tetapi mahu berkongsi kegembiraan saya membaca buku ini!

Ambillah peluang untuk beli buku ini nanti pada harga RM26.00 di pasaran. Saya dengar khabar dari Prof. Muhd Kamil, buku ini sudah hampir kosong di stor PTS dan saudara Zulkifli dan saya sendiri sudah puas mencarinya di kedai buku namun tidak berjumpa.

5 comments:

Da Winged Acrophobic said...

I'm sure the OBW was fun, bro. Tak dapat pergi this year. Salam dari Sydney.

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

It was a blast. jumpa jules and oreo.as usual OBW - food is lousy.
met all the cikgus.Cikgu Venny pun ada beb. I was her choir boys dulu...

Dewangga Sakti said...

Temanku Is,
Sesungguhnya pemberianmu itu amat kuhargai.Tidak sampai sehari aku sudah menghabiskannya.
Aku doakan semoga Allah mengurniakan rezeki yang banyak kepadamu dan si penulis buku ini dan semua orang yang terlibat dengan penerbitannya.
Sebuah travelog haji yang menarik.

ManaL said...

Jitut, is this the one that u mentioned before? kalau masih murah hati and ade some extra more stocks, i'd like one too...up to u la, mate!

lady pot pet said...

I didn't know Prof.Muhd.Kamil wrote this kind of book. For your info. he was a colleague of mine. We were teaching at UiTM Sarawak at one point and I must get in touch with him to get a copy!