Monday, May 18, 2009

Imperial War Museum


Imperial War Museum,Lambeth North,London



Bunga popi,kawat duri dan topi besi askar Kanada semasa perang dunia pertama.

Saya berkesempatan melawat Imperial War Museum di kawasan Lambeth North semasa kelana tugas di London dan Paris baru-baru ini.

Akhirnya impian semasa kecil untuk melihat muzium ini tercapai juga. Dapatlah saya melihat lukisan "Gassed" oleh John Singer Sargent yang terkenal itu.Baru saya tahu lukisan itu sangat besar saiznya!

Saya juga dapat membaca manuskrip asal tulisan tangan puisi penyair perang terkenal, Wilfred Owen, The Anthems of Doomed Youth.

Menyaksikan pameran Holocaust di tingkat teratas muzium merupakan satu pengalaman yang menginsafkan. Kemanusiaan itu rupa-rupanya terlalu murah harganya di zaman peperangan.

Saya juga berpeluang melihat pameran Darurat Tanah Melayu dan semasa Konfrontasi. Melihat peta yang di lakar di atas kain sutera milik Spencer Chapman mengingatkan kembali saya kepada bukunya "The Jungle is Neutral".

Sememangnya setengah hari merayau-rayau di dalam muzium itu tidak akan memuaskan hati saya.Cuma mungkin ole-ole dari kedai cenderahati muzium, beg kain tertulis sebahagian daripasa puisi John McCrae, "In Flanders Fields" akan membuatkan saya terus berazam untuk kembali ke sini suatu hari nanti - kelak.

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru!


Saya dan anak-anak murid dewasa ketika bertugas
sebagai sukarelawan mengajar Bahasa Inggeris di
Institute of Foreign Affairs, Laos, 2002


Sejak beberapa malam yang lepas saya teringat kepada guru-guru yang pernah mengajar saya .Tahun lepas saya mengucapkan terima kasih kepada sebahagian daripada mereka melalui blog ini dan tahun ini saya teruskan 'ritual' itu dengan mengenang jasa cikgu-cikgu lain yang pernah mengajar saya.

Sebenarnya,setiap kali ke Ipoh menghadiri perjumpaan tahunan bekas pelajar STAR, Ipoh, saya pasti 'kempunan' (terlupa) untuk menjenguk Cikgu Oh Eng Cheng (yang pernah mengajar saya subjek Matematik semasa di tingkatan 1 sehingga 3) yang tinggal tidak jauh dari sekolah.

Saya akan tersenyum sendirian setiap kali mengingati telatah nakal kami di dalam kelas beliau.Kami pernah menukar jarum jam tangan masing-masing semata-mata untuk memanjangkan masa Pendidikan Jasmani sehingga mengambil sebahagian masa daripada kelas beliau. Apabila kami lewat masuk ke kelas dia melihat kami sambil menggeleng-gelengkan kepala.

"Haiya, saya sudah rugi satu masa dengan kamu!", dia hanya mampu mengeluh.

Kami tahu dia takkan melenting dengan telatah kami kerana mungkin memahami karenah pelajar remaja lelaki yang selalunya 'nakal' dan suka memberontak. Namun apabila dia mengajar, kami membalas kembali 'jasanya' itu dengan memberikan 100% tumpuan kepada topik yang diajarnya.

Malah, kalau ada rakan-rakan yang cuba mengganggu perjalanan kelasnya dengan lawak jenaka mereka,kami akan menunggu-nunggu beliau memaling muka kepada kami dan berkata,

"Bagi dia satu kali!"

Maka dengan kebenaran ayat keramat itulah,kami ramai-ramai akan membelasah sipolan itu dengan tamparan di belakang badan si polan berkenaan.Hahaha!

Hari Guru tahun ini juga mengingati saya kepada Cikgu Zulkifli, jurulatih pasukan hoki bawah 15 tahun semasa saya di STAR.

Pernah semasa saya terpilih untuk kesebelasan utama pasukan hoki sekolah, salah seorang daripada ahli pasukan saya mempersoalkan pemilihan saya.

Dia menjawab ringkas, "He never missed the training!".

Saya mengingati beliau kerana beliau mengajar saya betapa pentingnya "to show up" di dalam hidup saya.

Dan mungkin untuk Hari Guru tahun ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Amardin Alang Ahmad. Beliau bukan guru terlatih. Beliau hanyalah matron bilik sakit dan juga pengurus asrama semasa saya di STAR. Selain daripada menjalankan tugas rasmi sebagai matron dan pengurus asrama, beliau juga meluangkan masa di hujung minggu menjadi jurulatih Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) STAR.

Saya semasa di STAR agak nakal dan suka ponteng kelas. Salah satu cara untuk ponteng kelas ialah mendaftarkan diri dengan Tuan Haji Amardin untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kg.Simee.Yahoo!Acapkali saya tersenyum di dalam hati kerana berjaya 'bohong sunat' dengan beliau dan berehat di 'sick bay'.Hehehe.

Entah bagaimana semasa di Tingkatan Lima,saya mendaftar diri di dalam PBSM dan tak disangka-sangka beliau melantik saya sebagai Komander Briged.Beliau lah mengajar saya cara-cara berkawad,membalut anduh dan yang paling penting memimpin briged PBSM sekolah.

Apabila saya mengimbau kembali saat itu,saya menyedari bahawa beliau telah mengajar saya dengan cara yang paling halus sekali untuk mengubah diri saya dari seorang pelajar yang tidak tentu halatuju hidup kepada seorang pelajar yang bertanggungjawab kepada diri sendiri dan ahli-ahli pasukannya.

Barangkali pada zahirnya beliau hanyalah seorang matron atau pengurus asrama,namun pada hemat saya dia adalah guru yang cemerlang kerana telah berjaya mengubah saya menjadi seorang manusia.

Selamat Hari Guru!

Wednesday, May 13, 2009

Terkini:Projek Kutub Khanah Darul Hikmah, Gopeng




Alhamdulillah, kutipan dana untuk Projek Kutub Khanah (Perpustakaan) di Darul Hikmah,Gopeng sudah mencukupi. Sebanyak RM29350 telah berjaya dikumpulkan sehingga hari ini.

Insya Allah, penubuhannya akan dilaksanakan pada bulan Jun 2009.

Terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan serta saudara dan saudari yang telah sudi menyumbang dana dan juga menghebahkan usaha ini kepada rakan taulan.

Namun ini tidak bererti usaha ini akan terhenti setakat ini. Masih banyak lagi rumah-rumah anak yatim yang memerlukan kutub khanah untuk manfaat anak-anak yatim di situ.

Hee..Hee..Hee

Yang dihormati YB Hee,

Saya membaca artikel The STAR hari ini dan saya tidak dapat dapat menahan ketawa dengan kenyataan YB Hee yang sungguh 'funneee' sekali.

"She claimed the device had been flung at her earlier during a fracas."

Saya ketawa besar apabila membaca ayat di atas di mana saya boleh membayangkan suasana di dalam Dewan Undangan Negeri Perak seperti askar Jerman dan askar Bersekutu semasa Perang Dunia Kedua yang sedang sengit berantakan di dalam trenches dengan saling baling membaling bom dan mortar di antara satu sama lain.Fuyyyoooo!

Apabila saya membaca ayat yang seterusnya,

"She said she does not know how to even operate such a device, and that she had held it up to Aulong assemblyman Yew Tian Hoe to demand if he was the one who had flung it at her"

Dan saya ketawa lagi kerana bagaimana dalam 'perang' anda tiba-tiba berkata,

"Eh, saya tak reti nak pakai bom tangan inilah!"

dan anda terus bertanya kepada pihak musuh,

" Awak ke lontar bom tangan ini kepada saya?Kenapa tidak meletup?Boleh awak ajar saya cara nak menggunakannya?"

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB kerana membuatkan saya ketawa besar hari ini. Bak kata orang tua-tua di London sana, ketawa itu penawar mujarab!

Yang benar,
DR Bubbles bin Bubblay


Nota: Sebelum ini YB Hee mengatakan alat yang dipegang beliau itu ialah pendrive dan kunci hotel. Duh!


Disclaimer: this entry is purely apolitical and I am thinking of sending it to Mr Amir Muhammad for his perhaps new edition of "Malaysian Politicians Say The Darndest Things!".

Friday, May 08, 2009

Projek Perpustakaan Darul Hikmah,Gopeng: Tinggal lagi RM2088 sahaja!

Alhamdulillah. Dana terkumpul sudah mencapai RM27262. Hanya tinggal RM2088 sahaja lagi diperlukan untuk dana penubuhan perpustakaan Darul Hikmah, Gopeng.

Saya jangka jumlah itu akan dapat dicapai dalam tempoh masa 1-2 minggu lagi.

Insya Allah, penubuhan perpustakaan ini akan dilaksanakan pada bulan Jun 2009.

Perkembangan terbaru ini menaikkan semangat saya untuk terus mencari peluang-peluang "di luar kotak"!

Thursday, May 07, 2009

Belasungkawa

Saya dimaklumkan oleh Puan Masmah malam tadi, Puan Saadah Din telah meninggal dunia akibat kanser pada hari Sabtu lepas.

Biarpun hasratnya untuk melihat sendiri perpustakaan di Darul Hikmah tidak tertunai,namun saya difahamkan Allahyarhamah amat gembira dengan perkembangan usaha pengumpulan dana untuk menubuhkan perpustakaan di rumah anak yatim kelolaan keluarga beliau.

Marilah kita bersama-sama berdoa agar rohnya di cucuri rahmat Allah s.w.t.

Al-Fatihah.

Wednesday, May 06, 2009

Terkini: Projek Perpustakaan Darul Hikmah, Gopeng



Alhamdulillah.

Jumlah kutipan dana untuk projek perpustakaan di rumah anak yatim Darul Hikmah, Gopeng sudah mencecah RM24482.00 setelah Yayasan Jusco Malaysia telah bersetuju untuk membiayai pembelian buku sebanyak RM5000.

Hanya tinggal lagi RM4868.00 untuk dikumpulkan.

Foto di atas diambil kelmarin semasa saya meninjau pemasangan rak buku di Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK),Puchong.

Insya Allah, penyerahan perpustakaan di RALK akan diadakan pada 23 Mei 2009 (hari Sabtu).

Monday, May 04, 2009

24 Tahun Dahulu



24 tahun dulu, saya pernah dimasukkan di hospital ini selama 11 hari.Tiada siapa yang menjaga saya pada masa itu kerana ibu saya masih 'didalam pantang' ketika itu.Hanya bapa saya menjenguk di sebelah pagi dan petang semasa waktu melawat.Suatu pengalaman yang benar-benar mematangkan seorang kanak-kanak yang berusia 9 tahun itu!



24 tahun dulu, saya pernah bersekolah di sini selama setahun. Di sinilah saya belajar bahawa anak yang hanya bersekolah kampung juga boleh bersaing dengan anak-anak yang bersekolah di bandar. Saya selalu mendapat nombor 2 atau 3 di dalam kelas.


24 tahun dulu, di sinilah saya tinggal.Rumah sewa kami kosong.Tiada perabot dan katil.Seorang jiran Cina pernah menjenguk ke dalam dan berkata,
"Ini rumah orang miskin!".


Nota gambar:
Gambar 1: Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (sumber: monash university malaysia)
Gambar 2: SK Kompleks UDA, Bandar Baru UDA, Johor Bahru.
Gambar 3: 30, Jalan F (kini dinamakan Jalan Jagung), Bandar Baru UDA, Johor Bahru.

Sunday, May 03, 2009

Words from the wise



By Alan Jackson

“Self-reliance was an early fact of my life. I was sent away from Northern Ireland to school in England at 11 and would make the journey alone, something you wouldn’t even consider for a child today. Aged 18, I waved goodbye to my parents and siblings as they sailed from Tilbury to a new life in Australia. I wouldn’t recommend it as a strategy, but the experience was good for me. Just a little independence at a young age can be a very positive thing.

“The one thing I find irresistible is to be told that something’s impossible, and I confess I find something attractive about backing my judgment against that of others. That said, almost all of the key decisions in my life were taken not by me but by fate. The fact they all turned to out to be fortunate in shaping my destiny is proof of something. Though not dictating the things that happen to you in life, you can control how you respond to them.

“Don’t fuss if you haven’t settled into your life’s work by the time you reach your mid thirties. Everything you do till then still counts. I was a soldier, a diplomat, was unemployed, became a youth worker and then was unemployed again, all before I reached that age and decided that I wanted to be a politician, in the days when politics was a calling and not a profession. I think our lives suffer enormously for the fact that far too many politicians have never done anything else in their working lives.”

The pearl: “Experiment. Don’t rush into things. Life is a precious commodity. Take your time to discover what skills you can best make use of going through it.”

A Fortunate Life: The Autobiography of Paddy Ashdown is published by Aurum Press

(Photo and article are from The Times UK)

Saturday, May 02, 2009

Cheesecuppies supports Orphanage Library Project!







For every cheesecuppie you sink your teeth into, an orphan gets to read a book!

The details are below:



http://thecheesecuppies.blogspot.com/2009/04/collaboration.html