Monday, May 18, 2009

Imperial War Museum


Imperial War Museum,Lambeth North,London



Bunga popi,kawat duri dan topi besi askar Kanada semasa perang dunia pertama.

Saya berkesempatan melawat Imperial War Museum di kawasan Lambeth North semasa kelana tugas di London dan Paris baru-baru ini.

Akhirnya impian semasa kecil untuk melihat muzium ini tercapai juga. Dapatlah saya melihat lukisan "Gassed" oleh John Singer Sargent yang terkenal itu.Baru saya tahu lukisan itu sangat besar saiznya!

Saya juga dapat membaca manuskrip asal tulisan tangan puisi penyair perang terkenal, Wilfred Owen, The Anthems of Doomed Youth.

Menyaksikan pameran Holocaust di tingkat teratas muzium merupakan satu pengalaman yang menginsafkan. Kemanusiaan itu rupa-rupanya terlalu murah harganya di zaman peperangan.

Saya juga berpeluang melihat pameran Darurat Tanah Melayu dan semasa Konfrontasi. Melihat peta yang di lakar di atas kain sutera milik Spencer Chapman mengingatkan kembali saya kepada bukunya "The Jungle is Neutral".

Sememangnya setengah hari merayau-rayau di dalam muzium itu tidak akan memuaskan hati saya.Cuma mungkin ole-ole dari kedai cenderahati muzium, beg kain tertulis sebahagian daripasa puisi John McCrae, "In Flanders Fields" akan membuatkan saya terus berazam untuk kembali ke sini suatu hari nanti - kelak.

No comments: