Thursday, August 27, 2009

Meringankan beban mereka di Bulan Ramadan



Bantuan makanan Ramadan anjuran Islamic Relief sudah bermula sejak sebelum Ramadan lagi. Semalam dan hari ini kami berada di Kedah. Minggu-minggu akan datang ini sememangnya sibuk sekali. Dari Kedah,kami akan ke Perak dan Johor pada minggu hadapan.Kami hanya akan menutup program ini di Sabah pada bulan Oktober kelak.

Sambutan daripada penderma amat menggalakkan.Alhamdulillah.Masih belum terlambat untuk mereka yang ingin turut sama membantu kerana program ini akan berlanjutan sehingga penghujung Syawal.

Sekiranya anda mempunyai rezeki lebih di bulan Ramadan ini dan ingin membantu, sumbangan ikhlas anda bolehlah disalurkan melalui akaun Maybank 5621 4270 8704 / CIMB 1259 0000 804 058 atau melayari laman web rasmi Islamic Relief Malaysia di www.irm.org.my atau hubungi kami di talian 03-8948 6334.

4 comments:

nadya.s said...

abg is,
i hv problem to access cimb online utk portion sedekah mama & abah for Feed the fasting.

can i bank in to ur account instead?

Mamaboyz said...

assalamualaikum saudara,

saya nak bertanya ttg projek library orphanage islamic relief tu, hanya ada option utk sumbangan kewangan, bgmn kalau saya nak bagi buku?

saya kini menetap di uk dan mudah utk dpt buku2 kanak2 secondhand yg masih elok spt buku2 disney, thomas engine, dora etc. Kami pun buat bookdrive utk hantar pd anak2 malaysia

macammana saya nak hantar buku2 ni? pada siapa? boleh bantu?

oh ya, saya jumpa blog saudara dari blog oldstock

terima kasih, salam ramadhan

Fadhil said...

Salam drbubbles,

Sekiranya ada kelapangan semasa program di Johor, do drop me a line. Mungkin ada buku-buku lama yang boleh saya sedekahkan untuk projek library tempoh hari.

tajudin said...

salam,

semoga kalian/team diberkati dan dirahmati Allah, Tuhan sebaik-baik pemberi balasan.

salam aidilfitri