Meniup gelembung buih kepada si cilik di HUKM, Nov 2011. |
Saya masih teringat peristiwa ini walaupun ia sudah hampir enam tahun berlaku.
Ketika itu, saya dan rakan badut saya, Tuan Uncle Button, dijemput oleh pertubuhan wanita sukarela Soroptimist International ke Pusat Pediatrik Hospital Besar Kuala Lumpur bagimenghiburkan pesakit-pesakit kanser kanak-kanak di Wad KK3, sempena lawatan mereka ke wad itu.
Selesai sahaja melawat wad KK3 dan menghiburkan pesakit kanak-kanak di wad itu, kami keluar ke lobi utama pusat pediatrik itu untuk pulang.
Apabila tiba di lobi utama, kami ternampak seorang lelaki dan anak kecil yang comel berdiri di suatu sudut di lobi itu. Anak kecil itu kelihatan muram sahaja wajahnya. Sebaik sahaja beliau melihat kami, beliau cepat-cepat bersembunyi di sebalik tubuh bapanya.
“Ah, ini satu peluang untuk kita bermain dengan si anak comel itu!” Saya memberitahu Uncle Button.
Kami memastikan kedudukan kami dalam ‘jarak yang selamat’ di dalam usaha berinteraksi dengan si anak kecil itu. Jika kami berdiri terlalu hampir, kami pasti akan menakutkan beliau.
Guru badut saya, Avner Eisenberg pernah memberitahu,
“jarak yang ‘selamat’ di antara dua orang yang berdiri berhadapan di antara satu sama lain, ialah sejauh mana kedua-dua tangan seseorang itu dapat menyentuh hujung jari orang yang berdiri di hadapannya.”Saya mengeluarkan tabung berisi buih sabun dan segera meniup gelembung buih yang paling besar ke arah anak kecil yang masih berdiri, bersembunyi disebalik bapanya itu. Bapa beliau tersenyum melihat telatah anaknya itu.
Anak kecil yang muram itu tiba-tiba ketawa mengekek-ngekek apabila buih sabun itu tiba-tiba pecah betul-betul di atas hidungnya.
Segerombolan gelembung buih kecil yang ditiup terus membuatnya terkekek-kekek ketawa. Dengan spontan, beliau berlari-lari mengelilingi tubuh bapanya dan terus menampar-nampar buih-buih kecil itu dengan jari-jarinya.
Memang tidak dapat disangkal lagi, gelembung buih adalah silap mata terbaik untuk anak-anak kecil mahupun orang dewasa! Tiuplah gelembung buih kepada sesiapa pun, mereka pasti teruja! Tidak hairanlah, kebanyakan program 'clown doctors' di seluruh dunia menggunakan gelembung buih untuk berinteraksi dengan pesakit kecil dan bayi.
Melihat anaknya berlari-lari dan ketawa, bapanya memberitahu kami,
“Anak saya ini baru sahaja selesai pembedahan. Dia menderita sakit angin pasang (hernia) . Saya gembira kerana inilah kali pertama sejak pembedahan itu, saya melihat dia ketawa.”
Red Bubbles mengalu-alukan sumbangan dana daripada tuan-tuan yang dermawan bagi membolehkan usaha Red Bubbles bagi menghibur pesakit kanak-kanak di wad hospital dapat diteruskan. Sumbangan dana tuan-tuan boleh disalurkan ke akaun Maybank Red Bubbles : 5640 7000 2826.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, mohon hubungi: drbubbles@redbubbles.org.my
Nota: Entri ini pernah disiarkan pada 16 November 2009, dan setelah dikemaskini,ia disiarkan semula pada 17 November 2011 sebagai entri 'tribute' kepada Red Bubbles yang akan 'kembali' semula ke Wad KK3, HKL.
7 comments:
Saya sangat setuju dengan entri ini, tuan! (^_^)
Cikpuan Husna,
Terima kasih kerana melawat blog saya.
Setuju bahagian yang mana itu?Hehe..
Hehe, saya setuju bahagian ini:
"Gelembung buih adalah silap mata terbaik untuk anak-anak kecil mahupun orang dewasa! Tiuplah gelembung buih kepada sesiapa pun, mereka pasti teruja!"
Yey! \(^_^)/
Cikpuan Husna,
Saya pernah bereksperimen tentang hal ini suatu masa dahulu di rumah bujang rakan-rakan satu universiti dahulu.
Ketika itu, saya pulang bercuti ke Malaysia dari Laos (semasa saya bersukarelawan di sana) dan menumpang di rumah rakan di Seksyen 14, PJ.
Suatu petang, saya menadah air di dalam baldi di halaman rumah dan menuang sabun pencuci (Dynamo) yang secukupnya diikuti dengan sedikit cecair gliserin (Glycerine) dan cuba membuat gelembung buih yang paling besar.
Rakan-rakan saya yang sedang berehat menonton TV mula-mula acuh tak acuh sahaja melihat 'eksperimen' saya itu, namun setelah melihat saya meniup-niup gelembung buih itu ke udara, mereka pula yang teruja.
Maka pada petang itu, terlihatlah beberapa orang dewasa begitu seronok meniup-niup gelembung buih dan orang ramai yang lalu-lalang di situ juga tersenyum-senyum melihat telatah kami itu.
Cadangan: cuba tiup buih di dalam pejabat Cikpuan Husna dan lihat reaksi mereka. pasti hilang stres!
Wah, satu eksperimen yang menarik!
Malah cadangan tuan itu pun saya rasa sangat menarik!
Cecair buih-buih riang saya dalam bekas berbentuk Ultraman dan dinosaur itu masih banyak air sabunnya.
Kelak saya akan bawa ke pejabat.
Akhir tahun ialah tempoh ramai staf tertekan. Hehe.
Terima kasih Tuan Iskandar.
Ini sedikit info berkenaan sejarah bermain gelembung buih.
17th century Flemish paintings show children blowing with clay pipes. This means that bubbles as playthings are at least 400 years old. The London based firm of A. & F. Pears created a famous advertisement campaign for its soaps in 1886 using a painting by Millais of a child playing with bubbles. A Chicago company called Chemtoy began selling bubble solution in the 1940s, and the fad never wore off. According to one industry estimate, retailers sell around 200 million bottles annually, perhaps more than any other toy.
http://www.experiencefestival.com/a/soap%20bubble%20-%20history%20of%20bubbles%20as%20playthings/id/5470709
Hebat! Jualannya lebih banyak daripada permainan yang lain.
As-Salam. Membaca entry Tuan membuat hati saya tersentuh. Semoga usaha Tuan ini dirahmati Allah. Amin.
Very crreative post
Post a Comment