Sunday, May 09, 2010

Mengejar impian hidup



Untuk memenuhi salah satu syarat permohonan ijazah Master in Physical Comedy di Stockholm Academy of Arts, saya harus melakukan rakaman dalam bentuk DVD, sebuah persembahan clowning selama 10 minit.



Alhamdulillah, malam tadi dengan bantuan Tuan Latfy Anuar, rakaman tersebut telah berjaya dilakukan di ruang tamu rumah beliau di Ampang yang dijadikan sebagai 'studio rakaman'.



Fikiran nakal 'clown' di dalam diri saya menggelarkan 'studio' tersebut sebagai The Royal 'Ampang' Hall setaraf dengan Royal Albert Hall yang terkenal itu.



Mengadakan persembahan di ruang tamu sebua rumah atau di Royal Albert Hall tiada apa-apa yang harus dibezakan kerana semua penonton baik di rumah atau di pentas hebat nyata harus dihormati dan dihiburkan.



Untuk menggembirakan sekumpulan kanak-kanak dan meninggalkan kenangan yang manis dan mendalam di dalam hidup mereka yang mungkin akan berkata kepada diri mereka, "Saya bergelak ketawa hari ini kerana seorang badut." pada hemat saya, lebih bermakna daripada menghadap seorang sultan di sebuah singgahsana untuk menerima sekeping pingat kebesaran.


Malam tadi, saya berbaring di atas tilam dan boleh melelapkan mata dengan puas kerana saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang badut.

8 comments:

nadya.s said...

ALL THE BEST abg Is, you can do it!!!

Awang Goneng said...

"Saya bergelak ketawa hari ini kerana seorang badut." pada hemat saya, lebih bermakna daripada menghadap seorang sultan di sebuah singgahsana untuk menerima sekeping pingat kebesaran."

I love that! Encore!

jeansLusuh said...

Bro all the best, gue doakan impian ko tercapai dan terus digapai .. insyaALLAH

Salina said...

yg penting gambar lawa. tu je. yg lain tak penting sangaaatt. Hahah.

Good luck Is!

RaYzeef said...

never knew you have to learn properly/academically to be a clown. All the best bro and may U be the best clown in Malaya

Caieja said...

Wish you all the best! Bergenang pula mata ni... Ishk... May all your big dreams will come true. Two thumbs up!

Pnut said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Dzran said...

wish u all the best bro....
ypur effort can bring joy and laughter to the world..