Tuesday, July 05, 2011

Sumbangan Zakat & Kembara Ukhwah ke Utara

Maafkan saya kerana sudah lama tidak menulis dalam blog ini. Namun, apabila tidak menulis bagi tempoh beberapa ketika, saya berasa hidup ini seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Lega rasanya apabila malam tadi, saya membiarkan tangan mencoret apa sahaja yang terlintas di fikiran. Ia sungguh terapeutik.

 Projek Perpustakaan Teratak Rahmat






Alhamdulillah, tinggal lagi RM12,000 bagi mencapai dana sasaran projek Perpustakaan Teratak Rahmat. Saya bersyukur!

Apa yang lebih menggembirakan, Teratak Rahmat juga mendapat sumbangan zakat sebanyak RM7000 daripada sahabat yang dermawan bagi menampung kos kehidupan seharian anak-anak Teratak Rahmat. Semoga Allah memurahkan rezeki mereka. Amin.

Puan Kusyi Hirdan

 Selain daripada itu, penulis novel terkenal, Puan Norhayati Berahim dan sahabat saya Puan Kusyi Hirdan sedang merancang program Kembara Ukhwah ke Utara bagi melawat Teratak Rahmat pada 13 Ogos 2011, semasa di bulan Ramadan. Bagi mendapat keterangan lanjut, mohon layari blog ini.

1. Blog Puan Kusyi Hirdan: SINI.

2. Blog Puan Norhayati Berahim: SINI

Alhamdulillah, pada masa yang sama, sebuah yayasan juga berminat bagi membantu usaha penubuhan perpustakaan Teratak Rahmat. Saya sedang menunggu maklum balas daripada pihak yayasan itu bagi meninjau Teratak Rahmat bersama mereka kelak.


 Mohon doa tuan dan puan supaya usaha ini dipermudahkan. Amin.

1 comment:

nandre said...

Inilah hasilnya kesan daripada kerjasama dan usaha yang menyeluruh daripada sekumpulan pemuda pemudi yang ingin berbakti kepada orang lain.

Penat lelah inilah merupakan satu kepuasan bagi diri mereka.

Setiap niat yang baik, Allah akan membalasnya dengan sesuatu yang sangat bermanfaat. Berbudi kepada anak yatim merupakan satu kebajikan yang sangat tinggi darjatnya.

Syabas sahabat