ISBN-13: 978-967-5783-95-1 |
Alhamdulillah, buku terjemahan saya yang pertama, Leaving Microsoft to Change the World oleh John Wood, diterbit pada hari ini oleh PTS Litera, anak syarikat PTS Publications & Distributors.
Sinopsis buku ini di laman web PTS berbunyi:
"Sekiranya kita pernah terfikir hendak meninggalkan kerjaya sekarang bagi menempuh suatu pengembaraan hidup yang hebat, dan dalam masa yang sama meraih peluang berbakti kepada orang lain, kisah pengalaman hidup John Wood bisa memberi inspirasi.
Kisah beliau ini menawarkan gambaran jelas, penuh dengan emosi dan cerita yang mengasyikkan tentang bagaimana beliau mengambil setiap pengajaran yang dikutip ketika bertugas di sebuah syarikat gergasi dunia iaitu Microsoft, dan menggunakannya bagi mengatasi masalah sosial yang paling meruncing di dunia."
Masalah sosial yang paling meruncing di dunia yang dimaksudkan beliau itu adalah buta huruf.
Usaha John Wood ini sentiasa memberi inspirasi kepada saya supaya meneruskan usaha penubuhan perpustakaan di rumah anak yatim, dan projek-projek pendidikan (Sekolah Antarabangsa) yang lain.
Saya berpendapat bahawa buku ini adalah buku yang bagus dibaca untuk sesiapa sahaja yang bercita-cita mahu menjana perubahan (make a difference) dalam hidup orang lain.
Jika tuan berminat bagi mendapatkan buku ini, buku ini berharga RM22 (Semenanjung Malaysia)/ RM25 (Sabah/Sarawak). Ia boleh dibeli di kedai-kedai buku atau terus daripada PTS di SINI.
11 comments:
Tahniah Is!!
kmaz
Terima kasih Kak Maz! Editor baru telefon beritahu buku itu sudah sampai ke stor. Isnin saya akan ambil beberapa naskhah. Tak sabar rasanya nak pegang buku itu!
tahniah saudara dr bubbles.
Inilah hasil yang ditunggu-tunggu.
Terima kasih tuan!
tahniah!!!!... Abg Is, nad nak order buku 2. satu nak bg Abah.
Nad, Terima kasih. Insya Allah hari Isnin Abg Is ambil di PTS dua naskhah. :-)
Tahniah Tuan Iskandar.
Semoga terus berjaya menterjemah buku-buku di masa hadapan.
What a timely book for me! Dreaming of making the change.
Congratulations!
Saya akan dapatkan buku ini dalam masa terdekat.
Khaidir
KelasLinux.com
Salam Tn Is,
Terima kasih atas komen tn. Teruskan usaha membina perpustakaan dirumah anak2 yatim & projek2 pendidikan yg lain. Smoga ia menjadi saham akhirat yang tidak putus-putus....amen...amen!....Gembira sy dapat membaca karya terjemahan Tn.
Muzz
Post a Comment