Wednesday, March 05, 2014

Menuju Gracia




Lokasi Bengkel Hospital Clowning

Alhamdulillah, maklumat awal mengenai bengkel di Barcelona sudah diterima. 

Pengurus Theatre Organic, Julien benar-benar membantu. Dalam hal penginapan sewaktu bengkel 3 minggu itu, beliau menasihatkan saya supaya mencari bilik sewa di sekitar studio tempat bengkel itu akan diadakan. Menurut beliau, kosnya lebih murah berbanding di tempat lain di sekitar Barcelona.

Ia di kawasan Gracia (sebut: Grathia). Tidak jauh dari La Sagrada Familia yang terkenal itu. Saya sudah meninjau bilik sewa melalui khidmat airbnb. Nampaknya ada yang murah, sekitar $30-$40.  

Yuran bengkel pula saya dimaklumkan sebanyak 2000 euro (sekitar RM9000). Hmm...

Tugas mengumpul dana bermula sekarang.


Lokasi Bengkel di kawasan Gracia.

1 comment:

Waida Yusof said...

Selamat ke Barcelona. Dalam banyak-banyak tempat, Barcelona sentiasa saya kenang sebagai tempat yang saya suka berkunjung. Jika berkesempatan, mohon pergi ke rekaan taman munisipal rekaan Antoni Gaudi :)