Happy Birthday Adik Muhd Danish! |
Pada 3 April lalu, Red Bubbles dijemput bagi meraikan hari lahir Muhd Danish, seorang kanak-kanak pesakit kanser di PPUKM. DR Bubbles dan DR Lat bertugas pada hari itu. DR Shy tidak dapat turut serta kerana ada urusan peribadi.
Adik Muhd Danish kelihatan masih lesu dan lemah kerana belum dapat menjamah makanan selepas rawatannya. Namun dia tetap menggagahkan diri untuk meniup lilin kek hari jadinya yang ke-8.
Setelah berbincang dengan ketua jururawat dan bapa Danish, kami menghadiahkan Danish sebuah topi. I guess it was the most appropriate gift for a boy with brain timor (Medulloblastoma).
Ketika kami berinteraksi dengan pesakit kanak-kanak yang lain, rupa-rupanya dia perlahan-lahan membuka ikatan pada kotak hadiah yang kami berikan. Mudah-mudahan Danish suka akan hadiah yang kami berikan.
Oleh kerana Danish tidak bermaya kami mengambil keputusan bagi menghibur kanak-kanak pesakit kanser lain yang dirawat di wad.
Dari kiri: Farhanah, Siti, dan budak lelaki yang ceria! |
Kami berjaya membuat 'heart-to-heart connection' dengan tiga pesakit ini. Farhanah yang sememangnya kami kenali, Siti, dan seorang lagi pesakit kanak-kanak yang tidak sempat kami bertanyakan namanya.
We played bubble soaps with them!
Mereka bertiga asyik sungguh memecah buih yang ditiup oleh DR Bubbles dan DR Lat. Sesekali mereka ketawa berdekah-dekah apabila mereka berjaya memecahkan buih sabun yang besar ditiup oleh DR Bubbles.
Saya tidak tahu yang si kecil di kanan sekali itu kanak-kanak lelaki. Lalu saya memanggilnya "cikpuan". Mereka ketawa terbahak-bahak! Mereka memberitahu, "Dia bukan perempuan, dia lelaki!" Malu besar saya!
Kata Cikpuan Siti yang berkerusi roda, "DR Bubbles tidak boleh balik. Tidur sahaja di Rumah McDonalds!" Kami memberi alasan yang sewa bilik di Rumah McDonalds sungguh mahal - RM5 semalam.
Dia menjawab, "Mak saya boleh bayarkan nanti!"
Alamak! Kami sudah menjadi orang tebusan. Kami cuba memujuk agar mereka membenarkan kami pulang namun tidak berhasil.
Kesudahannya, kami terpaksa membayar 'wang tebusan' dengan menyerahkan tiub buih sabun kepada mereka. Licik sungguh permainan mereka!

Ketika mengambil kereta di parkir PPUKM, atendan parkir menyapa kami dan tiba-tiba memeluk DR Lat. Kata beliau, "Thank you so much for making everybody's happy. Keep up the good work!"
Mungkin button ini membuatkan atendan parkir memeluk DR Lat! |
Ketika kami memandu pulang, DR Lat berkata, "Today is a good day!"
2 comments:
dr red bubble.. boleh ke saya join projek dr ni? saya pelajar pusat asasi. ape syarat utk menyertai (kalau boleh)?
Post a Comment