Saturday, August 30, 2008

Terkini: Projek Perpustakaan Yayasan An-Nur Maisarah Chemor









Alhamdulillah, kutipan dana perpustakaan sudah melebihi RM13,000.Sudah cukup untuk membeli buku-buku yang diperlukan.

Lebihan dana yang terkumpul akan disalurkan untuk projek perpustakaan di rumah anak yatim yang lain pula.

Buat masa ini saya masih tunggu (dalam 1-2 hari) kalau-kalau saya boleh dapat diskaun 'last minute' untuk pembelian 1-2 set ensiklopedia.Kalau dapat, maka beruntung lah anak-anak itu!

Saya kira projek seterusnya akan dapat dilaksanakan selepas Hari Raya Aidil Fitri. Sekurang-kurangnya, ada masa sedikit untuk mengamati 'learning curve' yang boleh dipelajari daripada projek perpustakaan di Chemor ini. Apa yang kurang dipertingkatkan dan yang baik pula dikekalkan.

Priceless!















Sabtu, 30 Ogos 2008: Beli buku di DBP-Ribuan ringgit.

Sabtu,30 Ogos 2008: Beli buku di MPH Great Eastern Mall -Ratusan ringgit.

Sabtu, 30 Ogos 2008:Beli buku di Popular Ampang Point -Puluhan ringgit.

Ahad,31 Ogos 208: Terima sumbangan 8 naskhah antologi puisi yang bertanda tangan penulisnya sendiri dari Sasterawan Negara, Pak A.Samad Said - Tiada Ternilai Harganya!

Selamat Hari Merdeka Malaysiaku!

Padamu negri
kami berjanji
Padamu negri
kami berbakti
Padamu negri
kami mengabdi
Bagimu negri
jiwa raga kami

(Song written by: Kusbini)

Thursday, August 28, 2008

Seronok beli buku!

Hendak tahu bab mana yang paling menyeronokkan dalam mengusahakan projek-projek perpustakaan selama ini?

Bab membeli buku.

Hari ini saya seronok kerana dua penerbit buku iaitu, PTS dan Utusan Publications Sdn Bhd sudi beramal jariah memberikan diskaun paling baik dan sungguh bererti sekali kepada projek ini.Dan urusan pembelian dengan kedua-dua penerbitan itu amat mudah dan profesional sekali.

Terima kasih PTS!Terima kasih Utusan Publications!

Terkini, jumlah dana perpustakaan di Chemor begitu hampir untuk mencecah RM13,000.

Insya Allah pada 6 September ini, hajat anak-anak di Chemor itu membelek dan membaca buku-buku yang baik mutunya akan tercapai juga akhirnya!