Saturday, August 30, 2008

Terkini: Projek Perpustakaan Yayasan An-Nur Maisarah Chemor









Alhamdulillah, kutipan dana perpustakaan sudah melebihi RM13,000.Sudah cukup untuk membeli buku-buku yang diperlukan.

Lebihan dana yang terkumpul akan disalurkan untuk projek perpustakaan di rumah anak yatim yang lain pula.

Buat masa ini saya masih tunggu (dalam 1-2 hari) kalau-kalau saya boleh dapat diskaun 'last minute' untuk pembelian 1-2 set ensiklopedia.Kalau dapat, maka beruntung lah anak-anak itu!

Saya kira projek seterusnya akan dapat dilaksanakan selepas Hari Raya Aidil Fitri. Sekurang-kurangnya, ada masa sedikit untuk mengamati 'learning curve' yang boleh dipelajari daripada projek perpustakaan di Chemor ini. Apa yang kurang dipertingkatkan dan yang baik pula dikekalkan.

1 comment:

Nurhafiza said...

Assalamualaikum..alhamdulillah tdi sy cuma singgah2 sekejap dekat blog tuan..dan saya tertarik dgn post yg ni..sbnrnya, sy pun turut berminat mebuat perpustakaan..sbb sy ni mmg suka membaca buku..tp masalah nya tiada sokongan sangat dari family..bila sy baca "post" ni, sy rasa cemburu (positif) sbb anak2 dekat rumah yatim tu sangat beruntung kerana akn wujud perpustakaan yg mereka nanti-nantikan...slain dari tu, sy juga kagum melihat cara tuan utk menggembirakan hati anak2 yatim tersebut..hal ini telah memberi sy inspirasi baru dlm hidup sy..insyaAllah sy pun ingin jd spt tuan..akhir kata, smoga tuan berjaya dunia dan akhirat!