Saturday, December 03, 2005

Dear Siti,

4 Peringkat 3,
Taman LKNP,
27000 Jerantut,
Pahang.
Assalamualaikum ( tak jawab dosa!)

Kehadapan saudari Siti,

Saya seronok sangat sangatlah bila saudari kata dalam Utusan Malaysia muka depan semalam yang saudari sudah bersedia untuk berkahwin.

Untuk itu saya ingin menawarkan diri saya yang hina dina ini untuk menjadi candidate seperti mana Datuk Ibrahim Ali menawarkan diri sebagai calon bebas di Pilihanraya Kecil Pengkalen Pasir kelak.. Saya tak kisahla kalau Anuar Zain ke, Datuk K, Fazley ke yang nak masuk meminang Siti, tapi saya percaya best man win!

Belum cuba belum tahu, betul tak?Cuba Siti fikir kelebihannya pilih saya jadi suami Siti. Saya tahu Siti sibuk jadi saya dah buat checklist kelebihan-kelebihannya bagi senang Siti tengok. maklum ajelah kan pasti ramai yang sibuk menulis suratlah, proposalnya dan yang sanggup datang rumah siti di Sungai Kerpan tu bawak dulang hantaran kan...ish susah susah...

Ha baca ya siti,

  • Senang balik Raya - ala Jerantut ke Kuala Lipis dekat aje. Sejam tak sampai. Pagi raya di Jerantut, tengah hari di Kuala Lipis. Saya pun memang balik ke Kuala Lipis tiap kali raya - tengok kubur tok wan kat Padang Tengku sana. Tiap tiap tahun gilir-gilir la. Lepas tu saya janji jadi drebar bila balik. Kalau pilih Anuar Zain payah..nak ke Shah Alam lah. Fazley karang raya kat PWTC aje pasal banyak event. Ish

  • Boleh jadi penjamin pinjaman bank rakyat/along- ha kalau siti jadi penjamin saya senangla nak buat loan bank rakyat buat belanja kawin siti. Silap-silap loan officer tu sure cakap , " la tak payah mintak kat bank , mintak terus aje kat siti!" Kalau buat loan kat along pulak, itu along musti cakap, " Hayya, siti wo...no ploblem..gua bagi low intelest punya!" eh nanti kalau saya masuk meminang awak jangan letak tinggi tinggi sangat ya.

  • Majlis Kawin Low Profile - yela kalau dgn Datuk K ka Anuar Zain ka, sure suratkhabar habis-habisan nak dapatkan exclusivity rights, pacak kamera depan rumah nak siarkan gambar wedding Siti mcm wedding Erra -Yusri dulu kan...Kita buat la senyap-senyap macam akak Wanita Melayu Terakhir kahwin dgn Datuk tu la baru-baru ni. Kita buat kat masjid aje akad nikah , lepas tu buat kenduri ...senang. Mak andam? Pakai mak andam Gee (terkenal di bandar Jerantut ni haa) - kalau panggil Pak Abu ka zulfazli ka yang famous kat astro tu nanti sure depa bagitau press..Kalau dgn Mak Andam Gee - dia takkan bagitau orang lain lagipun boleh tolong dia jugak nanti..yela nanti boleh la dia promote yang dia pernah andam Siti! Kalau siti nak kompang masa majlis tu pun boleh diuruskan. panggil aje budak -budak kg mat kilau..murah bagi aje makan. kalau nak basuh pinggan kita boleh panggil budak budak pusat Serenti Jerantut -depa senang kerja tapi kena bagi rokok 1-2 kartun kat depa la bagi lepas gian.

  • Boleh ajar bahasa Inggeris kat siti (FREE!) - ha nanti siti tak payah belajar jauh-2..abang kan ada ( eh dah berabang abang pulak!) .setakat ajar siti macam abang ajar murid murid tua masa kat Laos dulu ( dulu abang sukarelawan kat sana) boleh aje..

  • Keluarga mertua yang cool - pak mertua siti nanti orang yang tak banyak cakap..tapi kena pandai la ambik hati mak mertua sikit. ada jugak saya cakap kat mak saya yang saya nak suruh dia pinang siti. Dia jawab, " cermin muka kau dulu!". Nak ambil hati mak saya senang aje, kenala belajar masak dgn dia..dia tera buat gulai tempoyak ikan patin.

  • Saya bekerja tetap - Plus point tu! tak payah susah susah Siti nak sara hidup saya...KWSP ada, kerja 5 hari seminggu pulak tu.weekend free boleh bawak jalan-jalan pusing kota.

  • Takkan kawin lain - tak terfikir (lagi) untuk kawin lagi satu,dua atau tiga kalau Siti pilih saya! Percayalah!
Macam mana Siti? Ok ke? Siti fikirla buat sembahyang istikharah..tanya mak mertua tak jadi saya di London sana tu. Dia kenal saya, siti pun kenal dia..tanyala ek...

Saya sudahi warkah saya ini dgn serangkap pantun;

pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas.

yang mengharap,

Dr Bubbles bin Bubblay

17 comments:

Anonymous said...

angan-angan yang tinggi..hahaha

JIE said...

kepala gila-gila gak hang ni ye... hehehe :-) Siti dah balas ke blom?

Anonymous said...

Uiikksss..surat cinta kat CT!!

Encik dah ambik nombor ke belum? Last I heard, nombor giliran dah sampai 15,525!! Sempat lagi ke tak nak ambik? Ramai yang beratur sejak pagi lagi berita tu tersebar kat Utusan. Kalau hang kenai orang dalam, ada peluang dapat nombor 5,252!! :P

Ohh kalau tak silap, Dato K dgn Anuar Zain I dengar nombor 25 dgn 26!! Kalau si Dr. Fazley tu 15 kot. Cepat dek non!! Nanti terlepas ambik nombor!!

Ahh kalau jadi meminang CT tu nanti, jangan lak lupa kita kat sini! :P

pr3ttych3rry said...

i sooo wish your dream come true!!!

hahahaha...

GOOD LUCK!!!!

Anonymous said...

hiiii......
wah wah wahhhhhh
cangihhh surattttt
bolehhhh tahan utk suami ketiga or keempat!!!!!!!

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

rojakbuah: taruk bedak amami banyak banyak dalam sampul surat. lepas tu envelope kaler pinky pinky and musti yang ada ropol ropol bunga kat tepi.

nore: err, kak long jiran sebelah rumah kau yang bela kuching banyak tu single lagi ke? cuba risik risik sikit...senang lagi dekat. (depan rumah aje)

jie: memang gila dah lama dah.
siti hantar telegram kata " YES I DO!" hahahaha....

mobilemom: surat cinta frust!!hahahaha!

pr3ttych3rry: mengigau dan terus mengigau..hahahahaa

anon: eleh setakat datuk K, anuar zain..boleh jalan daaaa!

Naz said...

ahahhahaha.... tergelak2 aku baca surat kau tu....
moga-moga angan2 kau tu tercapai... pastu... jgn lupa aku kat sini... boleh lah kita pilih kain organza yg sungguh bonanza tu, yeah.... heahehaa

shidah said...

kalau jadi jemput :)

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

naz: oi aku serius lah! hahahaha

shidah: insya allah nanti bg alamat..nak tempah kad jemputan kat pertama next week! hehehee....

Anonymous said...

rasa² dia balas tak? :p

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

wss: tgh tunggu posmen tiap tiap hari. kalau x dapat hantar lagi..

Kak Teh said...

haaaah!!! yang snowbell dok tunggu di sini merana setiap hari, nak buat macam mana? Janji sana, janji sini! nanti kau! (gara-gara marah ibu mertua tak jadi!)

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

kateh: gulp! ( sila tunggu press statement yang akan dikeluarkan esok)

Naz said...

is... aku pon serious..... kau ingat aku main main kah...?? aku nak tawarkan jadi wedding planner korang... kan senang... kalau nak mintak aku sponsor, pon... aku no hal... member nya pasal kan... aku alrite jer....
kau kata jer ngan aku... organza kaler apa kau nak... semue kira settle lah....
hehhehe

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

naz: nanti aku antar order..hehehe

kusyi: wanitakini? can...no problemo...tapi takut siti siti yang lain pulak yg respond..hahaha

Ruby M. said...

wei is! ko ni kelakar dasyat lah! i missed ur entries! sesedar je dah banyak aku miss rupanya. so amacam? siti ada jawab tak? sorri pasal tak dapat jumpa di k.l sebab aku tak dapat ke sana pun. entah bila kita dapat jumpa yek?

crvbola said...

Jitot, hebat sekajang surat cinta hang!. Sekain, terima kasih.