Wednesday, January 18, 2006

Dear Siti (lagi)

Dear Siti,
Asalamualaikom.. (tak jawab dosa)
Saya masih menunggu surat siti yang tidak kunjung tiba. Kenapa tak balas balas lagi?

Saya sebenarnya sudah risau sebab Siti lambat balas surat saya ni. Mak saya dah mula buat hal sejak kebelakangan ni. Dia sibuk nak menjodohkan saya dengan sepupu sepapat setelah ralat tak dapat bermenantukan anak sedara dia baru baru ni yang telah pun kawin sebab kecewa dek kononnya saya yang endah tak endah dengan 'proposal' (BM= cadangan) makcik saya Raya tahun lepas.

nak buat macam mana - cerita macam main-main aje. Biasalah saya memang suka jawab main-main bila cerita pasal bab kawin kawin ni. Ada aje jawapnya , "Saya gay lah", " Nak cari badut pompuan lah". Pendek kata, memang ada aje jawapan saya yang pasti berjaya mengzipkan mulut mulut yang tak makan saman tu.


Pasal ongkos hantaran, tak usah dibimbangi. Baru 2-3 hari lepas saya minum teh tarik dgn Dr Elie Yousef Najem di Toronto, Canada setelah 3 jam aje naik karpet terbang milik Dr Elie dari Padang Terbang Ladang Selborne ( ala dekat Batu 11 Jalan Lipis-Raub tu). Dia cakap segala kos perbelanjaan dia tanggung tapi saya kenala buat press conference kat kedai mamak- sebab dia nak low profile la katakan. Ok ka?

Pasal kawin kawin ni dia dah biasa dah settle dengan tok kadi upahan. Senang aje, akad nikah boleh buat kat pejabat kontraktor, kalau nak buat kat Supermarket Tong Fatt Jerantut pun boleh.

Dia juga cakap (dalam hal ini dia kata dia tak tipu punya ) dia dah plan nak beli Kilang Papan Ah Kow di Benta sebagai hantaran kepada Siti nanti. Nasib baik la saya sempat tempeleng muka dia hari tu sebelum dia terus merepek.

Dr Elie jugak mintak no akaun Bank Simpanan Nasional Siti sebab dia nak masukkan 1.4 billion duit kulit kerang sebagai duit mas kawin kita nanti.
Saya harap Siti cepatla bagi respond ( dalam Bahasa Malaysia maksudnya - tindakbalas) kepada surat saya ini.

Siti, Dr Elie sekarang kena tahan reman tu sebab ramai yang tak puas hati sebab kena April Fool awal sangat!Tapi jangan bimbang Siti dia dah beli Bukit Aman tu dengan harga 2 billion duit "pokok pisang".

saya yang tak pernah tipu mcm dr elie,


DR Bubbles bin Bubblay
Hartawan yang Jujur

10 comments:

Anonymous said...

dr.bubbles, you rawk!! hehehe u make me fall of my chair baca this surat!

Suraya said...

haahhahaha kelakar siot! *gelak guling-guling*

Anonymous said...

teddy bear...

looks like you tak sempat ambik nombor la ek?

err...tu anonymous kat atas tu...actually kita logging on from my PDA. ;)

deney said...

nama saya siti..
tu surat utk saya ke?

Anonymous said...

saya pun siti gak!

proposal tu cadangan kan? maka jawabnya - CADANGAN DITOLAK!!!


- Siti Kusyi -

Kak Teh said...

ehem, saya ni bakal mak mertua yang beberapa kali sudah menerima janji2 palsu. Dans ekarang nampaknya ada lagi harapan nak meminang Siti - saya nasihatkan siti supaya periksa cheque tu betul2 sebab kalau dibuat daripada getah nanti melambung pulak!

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

anon aka mm: kerusi yang awak duduk tu pun dr elie sudah beli tau!

si bonda kucing: gelak guling-guling awak tu pun dr elie sudah beli!hehehe..

deney: saya akan hantar surat kat awak pastu taruk bedak cuticura banyak -banyak dalam tu! :)

siti kusyi: dalam court pun ada appeal what?

ex-mother-in-law: jangan ganggu kebahagiaan kami berdua. Oh !Tidak!...hahahahhaha

Anonymous said...

hahahahaha..best gile surat ni...

eh,i bumped into kak oja and her husband kat stesen lrt tadi,tengah berdating katenye,hehe,dia yg tegur dulu,sbb tadi ingat nk tegur dia dulu tapi takut salah org,sbb dia kurus sgt,kurusssssnyeeeeeee dia...i wish i can give her my extra kilos..hahahahah

Anonymous said...

Kehadapan Dr Elie Iskandar Bubbles,

Sampai hati awak telah memecahkan hati saya. Saya telah memasang angan-angan untuk membeli sebuah condominium dengan duit hantaran yang telah awak janjikan. Kereta pun saya telah survey di Naza motors cuma menunggu cek awak. Dengan itu, saya harap Cik Siti berhati-hati lah dengan kata manis awak ini.

Saya yg tertipu dan membawa diri ke Scotland,
klmuk

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

nore: want some kilo from me? hehehe...

klmuk: ooo..bila gue jadi hartawan baru mahu menjelma ya? hehehe...