Jerantut - 24 Jun Sabtu
DR Bubbles hari ini menafikan laporan media yang mengatakan Siti datang berkunjung ke rumah ibubapanya di Jerantut,Pahang. Menurut jiran yang tidak mahu di sebut nama tapi kalau tulis dalam paper OK aje, Makcik Minah yang duduk belakang rumah keluarga DR Bubbles memberitahu,
" Entah, saya adalah nampak 2-3 kereta parking kat depan rumah tu pagi tadi. Tengah syok saya mengintai tetiba kerusi yang saya panjat pasal nak tengok dengan mata kepala saya kalau kot-kot Siti ada tetiba patah! Ya Allah! terjerembab saya ke tanah!".
Manakala, jiran sebelah rumah DR Bubbles yang hanya mahu dikenali sebagai Makcik Peah Tukang Andam mengatakan,
"Huh, saya dah hantar quotation pelamin kat mak DR Bubbles tapi haram sampai sekarang tak ada contact!"
tambah beliau lagi, " Tapi kalau ada sesapa nak upah saya sebagai mak andam silalah telefon..." (perbualan ini terpaksa dipendekkan wartawan bertugas).
Dalam pada itu, DR Bubbles ketika ditemui memberitahu,
" Ish mana ada...orang-orang itu datang rumah nak buat loan dengan mak saya". "Mak saya kan bisnes buat loan koperasi Moccis, memang ramai orang datang buat pinjaman bila tengah bulan ni"
Apabila ditanya samada betul gosip berkenaan Siti dgn beliau, DR Bubbles dengan nada selamba menjawab,
" Ala, kalau betul, kenapa nak cover cover lagi?"
Karam Singh Walia yang secara kebetulan berada disebelah rumah mak DR Bubbles untuk menyiasat kes kumbahan busuk rumah Makcik Bedah janda berhias sempat pulak menambah,
"Oiii.....Bangkai gajah takkan dapat ditutup dengan nyiru!