Thursday, May 17, 2007

Pensel,Syazwan & only human










Saya merasa insaf apabila diberitahu oleh Mamagie bahawa pelarian Myanmar di kelas beliau sanggup berkongsi pensel kontot semata-mata untuk belajar. Saya harap 10 kotak pensil ( 120 batang semuanya) yang saya sumbangkan itu cukup untuk sementara waktu.

Syazwan sudah tamat rawatan radioterapi di Wijaya Baru, menurut bapa tirinya En. Effendi. Hanya sebanyak RM18,000 daripada dana yang dikumpulkan tempoh hari digunakan untuk 10 kali rawatan radioterapi tersebut. Alhamdulillah, ia adalah satu perkembangan yang baik sekali. Anak kecil itu akan menjalani pemeriksaan 2 bulan sekali di Wijaya Baru dan masih lagi dalam pemerhatian doktor di Hospital Kuala Lumpur.

Saya takkan lupa pengalaman tidak tidur malam dan stres semasa berusaha mengumpul dana untuk Syazwan. Namun ada hikmahNya. Saya kini amat bersyukur kerana ditemukan dengan ramai 'strangers' yang bertukar menjadi rakan kerana anak kecil itu.

Saya juga belajar sesuatu baru baru ini bahawa "we are only human" dan tidak pernah lari dari kesilapan dan yang paling penting kita tidak boleh memuaskan hati semua orang.

2 comments:

lady pot pet said...

Is...you are very right, inilah yang dikatakan ilmu dunia yang tidak ternilai kalau dibandingkan dengan wang ringgit!!!!

OOD said...

u, ok.