Monday, June 18, 2007

Ketemu Dewangga Sakti & Jiwarasa

Saya terserempak dengan abang Jiwarasa di Kinokinuya KLCC senja senja tadi.Patutlah wajah pria ganteng nampak terlalu familiar semasa saya berborak dengan Idham, petugas Kinokinuya. Untuk pastikan telahan saya, saya SMS beliau. "Saya di KL dalam Kino", jawabnya. Sah memang dia. Rupanya dia juga tertanya-tanya soalan yang sama. Hahahaha..Kali terakhir berjumpa semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2005. Komennya, saya montel. Dalam hati saya, " Huh, dia pun sama!". Patutlah tak kenal.

Rezeki saya juga petang itu, rupa-rupanya Bro Jiwa sedang menunggu rakan blogger, Zul dari grup Dewangga Sakti. Aduh! Seronok banget gitu! Akhirnya dapat bertemu dengan ahli muzik yang membelog perjalanan seni kumpulan Dewangga Sakti selama ini hanya kenal dalam alam maya. Saya mula tertarik dengan grup ini apabila Bro Jiwa mempromosi tentang Bookworm Cafe di Chengdu seperti yang diceritakan oleh Zul di dalam blog.

Hampir terlupa membayar 2 buah buku, "Malay Archipelago" oleh Alfred Russel Wallace dan "Letters to A Young Brother" oleh Hill Harper kerana 'excited' sangat berjumpa dengan 2 orang yang saya kagumi ini. Yang satu minatnya terhadap buku dan lagi satu terhadap muzik. Kami beredar ke medan selera untuk sessi "ngeteh". Seronok saya mendengar cerita tentang Gamelan, Pak Gesang, Klasik FM, Keroncong di Best 104, muzik unik oleh Kiyai Kanjen dan of course pasal buku, buku dan buku!

Elok juga saya promo 'gig' grup Dewangga Sakti di Alliance France, Lorong Gurney 2 pada hari Ahad ini (24 Jun 2007) pukul 8 malam. Jemput datang untuk dengar satu kelainan yang dibawa oleh Dewangga Sakti dan ianya percuma.

2 comments:

Dewangga Sakti said...

Salam saudara iskandar,
Seronok betul kita berbual semalam.
Oh ya!Program itu namanya Fete de la musique anjuran Alliance Francaise dan mendapat kerjasama Kedutaan Perancis.Berlangsung dari 12 tengahari sehingga 10 malam dan menampilkan lebih kurang 50 kumpulan daripada genre muzik berlainan di empat pentas (luar dan dalam bangunan).
Datang dan berkenal-kenallah sesama kita.he he

Unknown said...

Is,
Lupa nak ucap terima kasih kerana belanja teh tarik gelas besar tempoh hari.

Terima kasih ye...

Saya cemburu dengan orang KL yang ada peluang ke Alliance France. Jangan lupa ambil foto dan cerita di blog ya..