Tuesday, June 19, 2007

Promo:Dewangga Sakti di Alliance Francaise

PROMO!PROMO!


Dewangga Sakti akan membuat penampilan di Alliance Francaise pada 24 Jun 2007 (Ahad) pada jam 8 malam. Program ini dengan nama Fete de la Musique telah mula diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 2003 dan dianjurkan di merata tempat sekitar Kuala Lumpur.Program bermula jam 12 tengahari dan berakhir pada jam 10 malam.

Alliance Francaise adalah sebuah Pusat Budaya dan Bahasa Perancis di Kuala Lumpur dan terletak di Lorong Gurney,Off Jalan Semarak. Jika mahu ke sana,ikut Jalan Tun Razak dan belok ke kiri Jalan Semarak. Anda akan melihat Menara Celcom di sebelah kiri.Jalan terus dan di sebelah kiri adalah Lorong Gurney (sebelumnya showroom kereta).
Jumpa di sana!!

No comments: