Thursday, September 27, 2007

Respon dari bait al-amin

Salam...Alhamdulillah..syukur kehadrat ilahi, terima kasih yang tak
terhingga kepada sahabat-sahabat yang telah pun menyumbangkan bahan bacaan untuk dimuatkan dalam perputakaan Bait Al-Amin...

Alhamdulillah Ramadhan kali ni, memang anak-anak di Bait Al-Amin banyak menghabiskan masa dengan membaca, terutama buku-buku bacaan bercorak motivasi.Seronok tengok diaorang dah ada
minat untuk selalu membaca. Semoga usaha murni yang sahabat-sahabat berikan akan mendapat keredhaan Allah Taala.

Salam Dari Saya

lanzam_99@hotmail.com
017-4013738
Pengerusi Bait Al-Amin

Tuesday, September 25, 2007

cat rumah













People changes. Me too. For 31 years I hated anything to do with painting but this time around, I changed. I painted my parent's living room.Thank you Mr. Eric Leong of Astro's Casa Impian for introducing me with such terms of "feature wall", lighting and now I am quite fond of anything-to-do-with-painting.

Please leave a comment if you want me to paint you house for free during this raya.I will do it willingly. (But make sure, the paint is Jotun one because it never needs to be diluted or even stirring because Jotun do it for you).

p.s Tips for you - Don't you ever thinking to buy cans of paints on Sunday. Kedai tutup that day lah.

Friday, September 21, 2007

Lingham Sauce anyone?


I never want to discuss politics in my blog, but the current hot story of "Lingam tape" really tickled me.

I saw the video and one thing for sure, it really reminds me of any Tamil movie. The plot is the same. Good thing (in the movie) is, the good guys will win at the end of the movie.

Moral of the story, marilah beli sos Lingham.




momen paling berharga



















Lihatlah bagaimana keprihatinan anda telah mengubah hidup mereka!

Cerita buku lagi

Saya dimaklumkan oleh rakan di Islamic Relief bahawa anak-anak di Bait Al Amin berebut-rebut mendapatkan buku dari kotak ketika mereka tiba di sana.Alhamdulillah!

Sebenarnya saya masih menerima derma dari rakan-rakan yang ingin turut sama membantu. Di tangan saya masih ada RM200 sumbangan mereka.

Petang semalam, saya menerima SMS dari sahabat saya, juga salah seorang penyanyi terkenal di tanahair (Bukan Datuk Siti beb!), dengan kerjasama kelab peminatnya telah mengumpul "bertan-tan" buku dan majalah untuk projek ini.Wah! Terima kasih AN!Anda memang 'Rock'!
Insya Allah sumbangan ini akan dimanfaatkan untuk rumah anak yatim yang lain pula.Saya sudah minta rakan di Islamic Relief untuk membantu.

Monday, September 10, 2007

Niat 7 tahun lepas
















Saya harap anak-anak di Bait Al Amin,Parit,Perak akan tersenyum lebar apabila tim Islamic Relief Malaysia bertandang ke rumah mereka pada 1 Ramadhan (13hb September) ini dengan membawa buku-buku yang sudah dibeli (ada juga yang didermakan) untuk perpustakaan mereka.

Pagi tadi, saya sudah serahkan pada sahabat saya di Islamic Relief - 2 kotak penuh dengan buku-buku cerita, novel remaja, kisah perjuangan Nabi, kisah teladan, motivasi dan pelbagai lagi judul menarik.

Puas hati saya. Dalam seminggu jumlah derma terkumpul ialah RM2025.00. Kos harga buku yang sudah dibeli ialah RM2035.09. Kos beli lagi banyak dari jumlah kutipan! Tidak mengapa.


Saya gembira kerana sudah hampir 7 tahun niat saya untuk kembali membina gedung ilmu tertangguh dan akhirnya tercapai juga hari ini. (5 tahun sebelumnya dalam tahun 1995, saya dan rakan-rakan sekolej pernah membina perpustakaan desa di Kg. Banggol Sembilan, Padang Sanai, Kuala Nerang, Kedah).

Sebenarnya 7 tahun lepas, saya sudahpun menerima buku-buku daripada sasterawan Bonda Zaharah Nawawi untuk projek seumpama ini. Beliau telah memberikan beberapa naskhah antologi cerpen "Nasib" kepada saya. Namun, kerana sibuk dengan tugas, projek saya itu terbengkalai sehinggalah saya membaca blog Islamic Relief baru-baru ini tentang keperluan Bait Al Amin untuk melengkapkan buku-buku di perpustakaan mereka.

Mungkin digerakkan kerana rasa "bersalah", saya menghantar SMS kepada rakan-rakan dan Alhamdulillah respon dari mereka amat menggalakkan. Ada yang menderma buku, wang tunai malahan ada yang menzakatkan sumbangan untuk projek ini. Saya benar benar terharu!

Maka, hujung minggu lepas, saya berkejar-kejar ke Koperasi DBP di Dewan Bahasa Pustaka, Kedai Buku Popular dan MPH untuk mendapat buku-buku berkenaan dengan harga diskaun (Hanya di DBP dan Popular saya menikmati 10% diskaun). Memang seronok, mencari buku di rak-rak seolah olah dalam peraduan mencari harta karun!

Semasa di Koperasi DBP, semasa membayar saya sempat berbual dengan seorang pengunjung dari Ipoh yang datang ke sana bersama anak-anaknya. Saya bercerita kepada beliau tentang projek ini dan tidak semena-mena beliau menghulurkan not RM50 untuk projek ini.

"Nah, ikhlas daripada saya!" , katanya.


Aduh. Memang rezeki murah anak-anak yatim di Bait Al-Amin!

Beberapa malam lepas, saya bersengkang mata sehingga pukul 1 pagi merekodkan segala pembelian dan mengkatalog buku-buku berkenaan. Bukan apa, supaya senang saya menggunakan maklumat yang ada untuk projek-projek perpustakaan akan datang. Berdasarkan rekod, sebanyak 114 buah buku yang telah dibeli ialah terbitan DBP dan 91 buah buku adalah dari keluarga penerbitan PTS Publications.

Saya sebenarnya tertarik dengan buku-buku terbitan PTS. Pertamanya, muka surat pertama sentiasa dimulai dengan kalimah Bismillahirahmanirrahim. Yang kedua, hasil karya penulis penulis di bawah PTS begitu segar daripada segi idea dan corak penulisannya. Syabas PTS!Teruskan usaha kalian untuk memandaikan bangsa! (Nota: Tiada kepentingan peribadi atas kenyataan saya ini kerana saya tidak dapat apa-apa diskaun dari PTS kecuali diskaun wajib 10% di Koperasi DBP dan 10% kad diskaun ahli Kelab Buku Popular!)

Terima kasih sekali lagi kepada dermawan-dermawan yang menghulurkan bantuan untuk memandaikan bangsa!

Monday, September 03, 2007

Buku-buku Perpustakaan Bait Al Amin, Parit











Perpustakaan Bait Al Amin. (Komen saya: Banyak buku SPM &PMR.Camno nak pupuk minat membaca?)


Alhamdulillah, kutipan derma (hasil SMS kepada kawan-kawan) setakat ini : RM1200.00. Buku sudah dibeli di Popular Book Store: RM240 untuk 25 judul buku kanak-kanak dan remaja terbitan PTS One.

Sudah menghubungi PTS untuk dapatkan diskaun hebat daripada mereka. Saya harap mereka juga "lembut hati" agar dapat juga didermakan "buku-buku return" (meskipun, kualiti rendah akibat salah potong atau kulit buku koyak - tapi ilmu didalamnya masih lagi berguna!)

Senarai buku yang sudah dibeli:

Sahabat Kole Kacang oleh Ahmad Zafran Abdul Mutalib & Mohd Faisal Nordin
Pengembaraan Kon-Tiki oleh Thor Heyerdahl
Buat Sampai Jadi oleh Dr. HM Tuah Iskandar
Kapten Hassan Wira Bangsa oleh Harun Johari
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck oleh Hamka
Kembara Hafiz: Dunia Baru oleh Kusyi Hirdan
Kutakluki Angkasa 2: Space Camp oleh Nuriazam Ismail & S. Iskandar
Penyiasat Ekstrovert: Pedang Yamashita oleh Mohd Kholid Hamzah & Nuriazam Ismail
Penyiasat Ekstrovert: Misteri Vila Penn oleh Mohd Kholid Hamzah & Nuriazam Ismail
Ombak & Cintaku oleh Khadijah Hashim
Belum Masanya oleh Khadijah Hashim
Puteri Rimba: si Manis Amni oleh Hana Qistina
Lima Penyiasat: Ke Pulau Khazanah oleh Enid Blyton
Motivasi Alihan Pelajar olehTengku Asmadi, Ph.D
Persediaan Minda Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang oleh Osman Affan
G.I.M olehIda Rizyani & Talhah
Teknik Menjadi Pelajar Cemerlang oleh Hasan Mohd Ali,Ph.D
Jadilah Diri Anda oleh Sukma N.A
Azam Farid oleh Ida Rizyani & Nuriazam Ismail
Debaran Buku Biru oleh Ashadi Zain & Fred Suriya
Hampir Kena Tangkap oleh Ashadi Zain & Fred Suriya
Adli di alam Fantasi: Misi Monyet Putih oleh Hanita Hassan
Bayi Botol Kicap oleh Ida Munira Abu Bakar
Bertarung dengan Kerengga oleh Ashadi Zain & Fred Suriya
Akrab dengan Tuhan oleh Mohd Zawawi Yusoh & Ahmad Hariyati Ruzaidi
Nasib oleh Zaharah Nawawi
Persediaan Peperiksaan oleh Noraini Ahmad
Secret Seven Fireworks oleh Enid Blyton
The Famous Five Big Book oleh Enid Blyton
Anak Din Biola oleh Maaruf Mahmud
Puncak Menara Gading oleh Ibnu Yusof
Pahlawan Angkatan Tentera Malaysia oleh Syed Othman Syed Omar

Kalau mahu turut serta boleh lah menghubungi saya di talian 019-6925192 atau bank-in sumbangan anda ke akaun Maybank saya : 162188016529 (Iskandar Syah Ismail)