Friday, September 21, 2007

Cerita buku lagi

Saya dimaklumkan oleh rakan di Islamic Relief bahawa anak-anak di Bait Al Amin berebut-rebut mendapatkan buku dari kotak ketika mereka tiba di sana.Alhamdulillah!

Sebenarnya saya masih menerima derma dari rakan-rakan yang ingin turut sama membantu. Di tangan saya masih ada RM200 sumbangan mereka.

Petang semalam, saya menerima SMS dari sahabat saya, juga salah seorang penyanyi terkenal di tanahair (Bukan Datuk Siti beb!), dengan kerjasama kelab peminatnya telah mengumpul "bertan-tan" buku dan majalah untuk projek ini.Wah! Terima kasih AN!Anda memang 'Rock'!
Insya Allah sumbangan ini akan dimanfaatkan untuk rumah anak yatim yang lain pula.Saya sudah minta rakan di Islamic Relief untuk membantu.

No comments: