Tuesday, November 27, 2007

gila tulis buku

Saya teringat seorang tua yang pernah datang ke sekolah dimana saya pernah mengajar sementara (di Jerantut, Pahang).

Dia datang ke sekolah untuk menjual buku tulisannya (diterbitnya sendiri) yang berkisar tentang pengalamannya di zaman perang Jepun kepada cikgu-cikgu di sekolah itu.

Beliau fasih berbahasa Jepun kalau tidak silap saya.Saya beli sebuah bukunya.Menarik isinya.

Namun, setelah dia balik saya terdengar seorang cikgu berkata,"Bini dia dah lari."
"orang cakap dia gila."

Sampai sekarang saya masih ingat kata kata itu kerana saya sedih dan pelik melihat nasib seorang tua yang digelar gila tetapi ironinya boleh menulis pengalamannya sewaktu zaman penjajahan Jepun.

Masakan orang gila boleh tulis buku?

Al-fatihah

She passed away early this morning. Al-Fatihah for Siti Salmah Jasni.

Selagi ada dalam jiwa ini rasa memiliki, selagi itulah kita mengeluh dengan
kehilangan dan kekurangan. Lupa pada apa yang diberikan-Nya. Walhal nanti kita
ditempelak dengan nikmat yang diberi, bukan nikmat yang pergi.


That's the very words of her father related to Ustaz Hasrizal few days ago.

Saturday, November 24, 2007

Dance With My Father

This song by the late Luther Vandross reminds me of Puan S and her two daughters in Johor Bahru.

Thank you Puan S (wherever you are),for letting this very stranger to be with your family and "to spend meaningful moments" with your husband during his last few days in this world.

I hope this song, a favourite number of your husband and your daughters will be forever etched in your family's memories.

Al-Fatihah for Pak Engku.

Thursday, November 22, 2007

belajar erti persahabatan

Apabila, saya menyorot kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam hidup saya sepanjang tahun ini, saya merasa bersyukur kepada Allah.

Yang saya paling rasa bersyukur ialah kerana melalui apa yang berlaku, saya terus belajar tentang erti dan nilai persahabatan yang tulen.

Saya pernah 'dinilai' oleh seorang kawan tanpa sempat saya membela diri. Saya pernah 'dituduh' melulu. Waktu itu saya marah dan kecewa.Saya mahu bela diri. Tetapi saya sedari ia tidak akan bawa apa apa faedah.

Hari ini saya diuji lagi. Namun pengalaman yang lalu membuatkan saya dewasa. Saya cuma kecewa. Marah entahlah tiada dalam perasaan. Saya berpendapat, biarlah mereka 'asyik' di dalam dunia mereka.Selagi kita tahu apa yang kita lakukan itu betul,baik dan kebenaran, saya redha.

Namun saya bersyukur kerana saya ditemukan Allah dengan kawan-kawan yang baik yang sentiasa membuatkan saya belajar sesuatu yang baru daripada mereka. Saya seronok berada di dalam kelompok mereka yang sentiasa dahagakan ilmu!

Tuesday, November 20, 2007

Malam yang indah













Mendengar Pak Samad Said mendeklamasi sajak live depan mata.


Mabuk pulak dengan muzik alunan geng Dewangga Sakti.


Nasi Pilau yang enak.


Berjumpa Sulieman's sisters.


Dapat pulak pinjam CD lagu lagu dalam dalam EP Lambaian Pohon Kelapa dan Bunga Rampai Malaya.

Tidakkah malam ini indah sekali?

Cerita muzik keroncong

Saya sudah jatuh cinta dengan irama keroncong (tempo doeloe-doeloe). Setiap kali menziarahi rumah pakcik saya di Kluang, beliau akan membiarkan radio memainkan lagu lagu keroncong sehingga pagi. Mungkin kerana itu agaknya minat terhadap muzik ini mula bercambah.
Semasa ke Medan awal tahun ini, saya sempat membeli CD keroncong di sebuah toko muzik di sana. Malam-malam kebelakangan ini, saya selalu khayal dengan lagu-lagu seperti, Sapulidi,Bengawan Solo,Bunga Anggrek dan Keroncong Moresko. Menariknya lagu-lagu ini kebanyakannya dicipta sekitar tahun 1940an. Malah, lagu Bunga Anggrek dicipta oleh Ismail Marzuki pada tahun 1910!
Namun belum sempat meneroka lebih jauh ke alam keroncong, saya dikejutkan dengan berita sedih apabila saudara Zulkifli memberitahu saya tentang Dr Ariff Ahmad pengkaji keroncong ulung di Malaysia (yang diulas bukunya oleh saudara Jiwarasa baru baru ini) telah meninggal dunia Rabu lepas. Hilanglah sebutir bintang di dalam dunia keroncong di tanahair.
Malam ini, jemput dengar alunan muzik kumpulan Dewangga Sakti pada pukul 8 malam di No 6 Jalan Aman(belakang Empire Tower Jalan Tun Razak), iaitu di Galeri Lukisan milik Raja Ahmad Aminullah. Saya kalau boleh nak suruh mereka main 1-2 buah lagu keroncong (hehe..kalau depa 'terror'lah!)
Telinga saya barangkali sudah penat dihanyak dengan irama Sean Kingston yang sedang berkumandang dimana mana!

Monday, November 19, 2007

Di Wajahmu Kulihat Bulan: Sam Saimun




Malam ini baru saya tahu siapa sebenarnya yang menyanyi lagu Bujang dan Dara yang selalu saya dengar di Klasik Nasional selama ini. Sam Saimun rupanya. Beliau ialah penyanyi lewat 50an dari Indonesia yang juga terkenal dengan lagu Di Wajahmu Kulihat Bulan dan Di Sudut Bibirmu.