Saya teringat seorang tua yang pernah datang ke sekolah dimana saya pernah mengajar sementara (di Jerantut, Pahang).
Dia datang ke sekolah untuk menjual buku tulisannya (diterbitnya sendiri) yang berkisar tentang pengalamannya di zaman perang Jepun kepada cikgu-cikgu di sekolah itu.
Beliau fasih berbahasa Jepun kalau tidak silap saya.Saya beli sebuah bukunya.Menarik isinya.
Namun, setelah dia balik saya terdengar seorang cikgu berkata,"Bini dia dah lari."
"orang cakap dia gila."
Sampai sekarang saya masih ingat kata kata itu kerana saya sedih dan pelik melihat nasib seorang tua yang digelar gila tetapi ironinya boleh menulis pengalamannya sewaktu zaman penjajahan Jepun.
Masakan orang gila boleh tulis buku?
13 comments:
To think that manusia yang bergelar "para akedemik" yang suka melabel-labelkan orang lain...pathetic! I bet you, they didn't know the background of the old man pun kan....haih..sedih kenapa lah kena bersikap begitu terhadap orang yang cuba mencari rezeki yang halal tetapi sebaliknya dihina begitu!I am truly affected by this and ashame because attitude of such kind exists especially among academicians. Macam mana nak mendidik kalau perangai sendiri pun tak betul.
orang gila tulis blog lagi ramai :)
ROTFLMAO at TigerLaneBoy's remarks ;-P
lady potpet: couldn't agree more.
tigerlaneboy: hahaha...they need to go to psychiatrist.i don't think we are in that category..hahaha
pugly: hahahaha...dia memang dah gila tulih blog, pugly oooiii....
saya tak kira yang cikgu hassan gila kerana bila beliau tanya saya berasal dari mana, beliau tahu suku apa yang terdapat dari tempat saya. Selain itu beliau juga membetulkan kenyataan seorang pensyarah mengenai sejarah Melayu. adakah itu gila?
ode: terima kasih kerana singgah di sini.
Cikgu Hassan ( saya harap tekaan saya betul yang dia adalah orang yang sama saya jumpa 10 tahun dulu)mengingatkan saya tentang watak orang tua gila di dalam filem Patch Adams. Dia digelar gila tapi boleh tulis formula matematik yang kompleks di dalam wad gila.
drbubbles, saya ada alamat dan no.telefonnya jika saudara mahu sebab hari itu dia ada berikan kadnya pada saya.
nasriah,
boleh.tinggalkan saja di dalam komen di sini. terima kasih banyak-banyak nasriah kerana bersusah payah untuk saya.
Agaknya cikgu tu ada nada-nada iri hati kot? Ye la, orang gila pun ada buku sendiri...cikgu tu mesti mengajar guna buku teks dari gomen je! :)
ryzah,
welcome home.
that particular cikgu is quite well-known for his political ampuisme.
dr bubbles, kak teh dengar ada cerita tentang hantu kedai buku. Hantu ni suka ubah buku dari satu shelf ke satu shelf. Bila kak teh balik nanti nak cari hantu ni.Dengar cerita dia selalu lurking di Times dan Kinokuniya.
Kakteh: Itu 'urban legend'. Saya selalu ke sana tak pulak jumpa hantu itu. Tapi bila lalu dekat cermin,memang perasan saya tiada bayang-bayang! hahahahahahhaa!
sekurang-kurangnya, org gila itu buat sesuatu yg brefaedah dr yg tak gila, pandai mencemuh shj....
errr siapa yg lebih gila agaknya?..
salam bro.
Post a Comment