Thursday, November 22, 2007

belajar erti persahabatan

Apabila, saya menyorot kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam hidup saya sepanjang tahun ini, saya merasa bersyukur kepada Allah.

Yang saya paling rasa bersyukur ialah kerana melalui apa yang berlaku, saya terus belajar tentang erti dan nilai persahabatan yang tulen.

Saya pernah 'dinilai' oleh seorang kawan tanpa sempat saya membela diri. Saya pernah 'dituduh' melulu. Waktu itu saya marah dan kecewa.Saya mahu bela diri. Tetapi saya sedari ia tidak akan bawa apa apa faedah.

Hari ini saya diuji lagi. Namun pengalaman yang lalu membuatkan saya dewasa. Saya cuma kecewa. Marah entahlah tiada dalam perasaan. Saya berpendapat, biarlah mereka 'asyik' di dalam dunia mereka.Selagi kita tahu apa yang kita lakukan itu betul,baik dan kebenaran, saya redha.

Namun saya bersyukur kerana saya ditemukan Allah dengan kawan-kawan yang baik yang sentiasa membuatkan saya belajar sesuatu yang baru daripada mereka. Saya seronok berada di dalam kelompok mereka yang sentiasa dahagakan ilmu!

10 comments:

Dewangga Sakti said...

Is,
Jangan bersedih.
Hiburkan hatimu dengan lagu keroncong!

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

zoy,

Saya melayan keroncong untuk ubat hati yang luka...(kalau ada nasi pilau lagi terubat!)

Kak Teh said...

laaaa, apa kena pulak ni?? Pi baca GUiT atau spy on the bookshops. Jangan bersedih - nanti snowbell balik pujuk.

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

biasalah office politics.nanti kucium cium Snowbella tu untuk ubat luka di hati..

ubisetela said...

hari ini saya agak sedih juga... tapi sy tak reti nak layan keroncong, dengar Alleycats & SohaimiM.H. aje!

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Alleycats pun gerekkk!

Unknown said...

Moga Is cepat `dewasa' Boleh kami merasa nasi minyak. Zul boleh pakat Dewangga Sakti main lagu kahwin. Jangan lupa keroncong.

p/s Semalam saya menonton Anita Sarawak nyanyi Begawan Solo di Penang. :)

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

hehehe..itu dewasa lain tu..memang dah berniat ajak grup dewangga sakti main muzik masa kahwin.Cari kelainan -sebab di kawasan saya ini asyik-asyik lagu nafiri dan gendang aje...

lady pot pet said...

Haih...cuba dnegar kan Ebiet G.Adei aduhs itu lagi syok mengesyok...sungguh puitis and patriotik gitu!!!

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Kak ahnis,

baru je kita wikipedia tentang Ebiet G Ade!How's you guys in Glasgow?