Wednesday, July 15, 2009

Travelog Kanchanaburi (1)










Saya mencari 'sesuatu' di Kanchanaburi, Thailand.

Walaupun saya tidak menjumpainya saya masih puas. Puas kerana akhirnya saya dapat menjejakkan kaki di Kanchanaburi yang terkenal dengan kisah Keretapi Maut yang saya baca semasa kanak-kanak.

Saya bertolak seawal jam 6.30 pagi dari Bangkok dengan menaiki bas ekspres dari Terminal Bas Selatan (Sathaani Sai Tai) Bangkok yang terletak di kawasan Thonburi. Kedudukan Thonburi agak jauh dari pusat bandar Bangkok. Untuk ke sana, saya terpaksa menaiki teksi dengan tambang sebanyak 100 Bhat (RM10) dari hotel murah tempat saya bermalam di Soi Kasemsan 1 berhampiran dengan Rumah Jim Thompson di tepi Sungai Chao Phraya.

Agak sukar untuk menggunakan pengangkutan awam sekiranya kita tidak fasih berbahasa Thai. Jarang-jarang dapat bertemu dengan orang Thai yang fasih berbahasa Inggeris.Sengaja saya berikan tip lebih kepada pemandu teksi yang ramah benar bercerita tentang durian Siam yang mahal walaupun saya hanya faham sebutir dua apa yang diterangkan beliau.

Perjalanan ke Kanchanaburi agak selesa di sebelah pagi kerana matahari belum lagi naik tinggi. Dalam perjalanan, ketika menghampiri Kanchanaburi, saya ternampak Stesen minyak PETRONAS. Kalau di sini kedai runcit di stesen PETRONAS dipanggil Kedai Mesra, di sana ia dipanggil Suria. Selang beberapa minit, saya ternampak pula Masjid Jamek Kanchanaburi yang terletak beberapa kilometer dari tempat yang saya tujui.

Setiba di stesen bas Kanchanaburi, saya menaiki pula Songtheaw, bas mini yang popular di Thailand dengan tambang 8 Bhat dengan harapan ia akan membawa saya ke tempat yang saya ingin tujui. Nasib baik ada penumpang wanita rakyat tempatan yang baik hati dan pandai berbahasa Inggeris memberikan sedikit maklumat berguna kepada saya.Beliaulah yang mencadangkan saya agar berhenti di Don Rak War Cemetery dan memulakan lawatan saya di situ.

5 comments:

umi said...

Apa agaknya 'sesuatu' yang gagal ditemui di Kanchanaburi tu?

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Puan Umi,

Saya sebenarnya mencari kubur Askar Melayu di sana kerana pernah mendengar kisah tentang mereka yang dibawa ke Siam sebagai buruh paksa untuk membina jalan keretapi maut dari Thailand ke Burma.

Saya tidak berjumpa kubur mereka tetapi saya sayu melihat sekeping lencana "Taat Setia", Rejimen Askar Melayu Diraja ada dipamerkan di muzium di sebelah tanah perkuburan itu.Saya yakin ada di antara mereka mati dikuburkan tiada bernesan.

N a d i a said...

drbubbles,
ada tak agaknya lagi projek perpustakaan untuk rumah anak yatim di kedah? saya berminat nak menulis tentang projek ini atau projek2 sukarela yang berkaitan di kedah.

looking forward to hear from you soon.

nadia
headbanger31@yahoo.com

FdausAmad said...

Gua nak ajak lu dtg mkn kenduri kat blog gua.Folo baca doa skali pun takpa..

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Nadia: Insya Allah ada nanti.Mungkin selepas hari raya aidiladha.

Fdausamad:?