Sunday, July 05, 2009

Projek Perpustakaan Darul Hikmah, Gopeng: Sukses!

Ini gambar bilik di Darul Hikmah sebelum ia dijadikan perpustakaan.




Alhamdulillah beberapa bulan selepas itu, perpustakaan di Darul Hikmah telah berjaya ditubuhkan pada 27 Jun lepas.Ikuti cerita bergambar penubuhan perpustakaan Darul Hikmah pada hari tersebut.


Shafuan dan Izwan,kakitangan IRM sedang melabel buku.


Nationwide telah sudi untuk menghantar buku-buku dan rak buku secara percuma.


Lori Nationwide yang dibawa oleh Tuan Syed selamat sampai di Darul Hikmah.


Sukarelawan IRM bekerjasama memunggah keluar kotak-kotak buku dan rak daripada lori.


Rak buku yang kukuh dan tidak begitu tinggi (5 meter)akan memudahkan anak-anak itu mencapai buku.



Mutiara kata yang dipamerkan di dinding perpustakaan.


Sukarelawan IRM sedang melakukan aktiviti kumpulan bersama anak-anak yatim Darul Hikmah.


Sukarelawan IRM, Pn. Nani Menon sedang menarik perhatian anak-anak itu sebelum mengajar mereka cara membaca buku dengan betul.


Sebahagian daripada sukarelawan IRM yang ikut sama ke Darul Hikmah.


Bergambar kenang-kenangan bersama pengasas Darul Hikmah,Hajah Embun.Perpustakaan itu dinamakan sebagai Perpustakaan Assaadah yang memberi maksud - Perpustakaan Kebahagiaan.

Nama itu juga signifikan untuk mengenang Allahyarhamah Puan Saadah Din,ahli lembaga Darul Hikmah yang meninggal dunia sebelum sempat melihat tertubuhnya perpustakaan yang diimpikan beliau untuk manfaat anak-anak Darul Hikmah.


Anak-anak Darul Hikmah mula menikmati perpustakaan mereka yang baru.


Sengaja dibiarkan ruang membaca kosong tanpa meja.Yang ada, bantal dan tikar agar mereka boleh berbaring santai sambil membaca.




Buku terbitan PTS seperti ini cukup popular dengan anak-anak Darul Hikmah


Dengan rasminya Perpustaakan Assaadah dibuka!

4 comments:

Umi Azuddin said...

Alhamdulillah.

Wah! Cantiknya Perpustakaan Assaadah! CERIA!! Jaauuuuhhhh berbeza dengan gambar pada entri Dr. B yang terdahulu. Apa kata Tuan Dr. letakkan gambar perpustakaan ini SEBELUM dan SELEPAS? ;)

Syabas sekali lagi kepada warga IRM dan Darul Hikmah. Semoga anak-anak di situ mendapat manfaat sepenuhnya.

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Puan Umi,

Terima kasih atas cadangan puan.Saya sudah kemaskini blog dengan foto sebelum dan selepas.

Biliknya dahulu gelap dan terbiar.Sekarang CERIA kan?

Amin!

jeansLusuh said...

alhamdullilah .. well done .. gud job ...

fadzil yusof said...

Salam.

Usaha sangat murni. semoga berjaya dan berjaya ye