Saturday, July 11, 2009

Gula Kabung II

Saya pernah menulis tentang gula kabung di sini.

Hari ini saya amat bertuah kerana berpeluang melihat sendiri bagaimana gula kabung diproses di Kampung Peruang di mukim Benta,Lipis,Pahang.



Nira kabung yang baru sahaja diambil daripada pokok kabung. Baru saya tahu nira kabung dan nira nipah tidak sama.Nira nipah diambil di pangkal perdu pokok nipah.Manakala nira kabung diambil di bahagian atas pokok.



Getah manggis muda dimasukkan di dalam botol untuk mengelakkan nira kabung yang terkumpul menjadi masam.



Parang penyadap kabung. Sentiasa diasah agar tajam dan dibasuh bersih agar apabila ia digunakan untuk menyadap - air nira kabung yang keluar tidak tercemar dengan kotoran.



Memasak air nira kabung



Gula kabung yang sudah siap berbalut. Harga di pasaran kini mencecah RM6.00.Jika dibeli borong di tempat membuatnya, harganya sekitar RM5.00 sekeping (10 keping).



Gula kabung sesuai digunakan sebagai pemanis masakan seperti onde-onde Buah Melaka,kuih Koci dan aneka bubur (kecuali bubur lambuk!).

Apabila jagung dari Kampung Binjai,Kuala Lipis bertemu buku dan ruas dengan gula kabung dari Kampung Peruang, Benta seperti gambar di atas - saya pasti kalau ibu mertua atau bapa mertua lalu di hadapan pun memang takkan nampak!

10 comments:

Nore said...

OMG! sedapnyaaaaaaaaaaaaaa.ni yang rindu bubur jagung mak ni.waaaa.nak balik jerantut.

umi said...

...kecualilah kalau ibu/bapa mertua lalu sambil membawa mangkuk berisi bubur tambah! ;}

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Nore:Best woooo!Malam tadi immediately after we reached home from Benta,I kerahkan si Deni and Asraf pergi kedai Aci di Batu 1 beli santan.We had bubur jagung for dinner.Habis licin beb!

Puan Umi: Hehehe...

klmuk said...

terima kasih for the photos.. selama ni tahu makan je!

Anonymous said...

Terkejut benar saya apb terbaca blog ini kisah gula kabung dan Cikgu Dolah.

Saya pun berasal dari Kg penjom dan gula kabung memang digunakan oleh keluarga kami untuk membuat kuih muih dan manisan .

Tq for the post kerana saya rasa tidak ramai yg mengetahui akan gula kabung. Setahu saya yg popular diguna hanya di kawasan Ulu Pahang

benludin said...

tak pegi rumah tokey dodol ke?

dah dekat tu...

Anonymous said...

Wah..I'm from Peruang..actually my abah is from there..thanks for the photos. Rindu nak balik kampung. Majulah gula kabung untuk Pahang :-P

Wmr5439 said...

harga gula kabung mahal ... sbb bukan senang nak buat ...

akichu said...

"Wah..I'm from Peruang..actually my abah is from there..thanks for the photos. Rindu nak balik kampung."
Org Peruang cakap omputih..yaeh..matnye aok..

Anonymous said...

aku pun kawin dng org kg peruang anak pak uda ali jeriah rumah kat lkpp tpi skrang ni aku tinggal di perak kat tualang sekah.