Seorang sahabat lama di zaman persekolahan dahulu meninggal dunia akibat mati lemas 2 minggu lepas. Kami, rakan-rakan sekolah hanya mengetahuinya kelmarin.
Kami benar-benar terkejut.
Menurut laporan akhbar,dia meninggal dunia kerana terjatuh ke dalam air semasa hendak bersolat di atas batu di gigi air di tepi tasik.
Memancing ikan di tasik bersama-sama anaknya hujung minggu itu merupakan aktiviti terakhirnya di dunia ini.Sebelum dia bertolak ke tasik itu,dia sempat memohon maaf berkali-kali dengan bapanya.Mereka sering bertengkar.
Saya tidak pernah bertemu dengannya sejak kami meninggalkan alam persekolahan. Namun saya tahu,jalan hidupnya sentiasa berliku.Kali terakhir saya mendengar cerita daripada rakan-rakan tentangnya,dia baru berpisah dengan isterinya.Dialah mengambil tanggungjawab untuk membesarkan anak tunggalnya sejak itu.
Saya ketawa kecil (dan mungkin juga untuk menahan genangan air mata) semasa memandu pagi tadi apabila teringatkan dia dan jenakanya yang bersahaja semasa di zaman persekolahan.

"Kawanku,moga kau tenang di sana."
Al-Fatihah untuk sahabat saya, Allahyarham Rizal Yusof Ali.