Friday, March 06, 2009

Ke Tanah Asal


Photo credit: Eatingasia
The signboard says,


"Kalau anda memakan pinang,
Makanlah dengan sirih yang hijau,
Kalau anda datang ke Minang,
Jangan lupa datang ke Maninjau"

I am going to Padang and Bukittinggi tomorrow.All I am looking for are good food (Krepek Jengkol, Lempeng Pisang and Bika Minang) ,good folk music (Ayam Den Lapeh) and unique places to visit (Rumah Dr Hatta).Of course I have to acommodate 'beli kain sulam banyak-banyak' request from my sisters.

8 comments:

Kak Teh said...

kalau anda pergi ke padang,
jangan lupa membeli kain,
kalau jalan pandang-pandang,
nanti sampai ke tempat lain.

Kalau hendak beli kerepek,
jangan lupa beli cili,
kalau singgah di kedai apek,
bagitahu dia saya malaya mali!

have fun!

klmuk said...

tanah seberang tempat dituju
jangan lupa ke danau toba
kalau terjumpa simanis ayu
terus ajelah tempah kebaya!!

drbubbles said...

Kakteh:

Kalau hendak beli kerepek,
Jangan lupa beli cili,
Memang pi Padang mencari cewek,
Nak bagi mak I naik darah tinggi!

Dari Padang ke Bukittinggi,
Nak pi cari resepi rendang
Pi kali ni nak pi reccee,
Datang lagi nanti bawak mak pi meminang!
(Naik lagi darah tinggi dia!)

Klmuk:

Jalan Bukit Tinggi kelok berliku,
Rasa nak muntah dek kona-kona,
kalau dah jumpa si manis ayu,
bukan je kebaya,baju pengantin pun terus tempah di sana!!

Kak Teh said...

Kalau ke danau berjalan kaki,
singgah membeli si buah nona
Kalau Dr Bubbles pergi mereccee,
pasti sudah Snowbell merana.

Membeli kain di kedai Cina,
kain cantik berbentuk pua,
Memang snowbell akan merana,
rela membujang sehingga tua.

Kak Teh said...

Oh klmuk,

menunggu pengantin tak sampai-sampai,
sambil menunggu mengata-ngata,
Kalau hajat Dr Bubbles sudah tercapai,
nampaknya beg baru harus ku pinta.

klmuk said...

Jalan berkona amatlah sempit
Bawaklah plastik dalam kereta
Jangan pulak lupa baju pengapit
Juga hadiah bakal mertua

klmuk said...

Is, tolong beri laluan untuk penaja ..hehe!!

Makan kacang sambil menunggu
Pengantin lelaki tersalah hari
Akan di kirim tas yang baru
Bagus punya brand saya gerenti

Kak Teh said...

Beri laluan kepada penaja,
asalkan tidak dijadikan sengketa,
Klmuk nak kirim takkan tas saja,
Kasut lain macam apa orang kata?

Seronok sungguh berita ini,
Adik Is kita ke Padang pergi,
apakah pulang membawa bini?
Kak teh tak book tiket AirAsia lagi!

Apakah Klmuk akan pulang,
dengan pak syed makan kenduri,
memang tak boleh dilepaskan peluang
Kak Teh di sini menghitung hari.