Semasa di Bukittinggi,saya sempat mencuri peluang mencari buku di toko buku Anggrek yang terletak betul-betul berhadapan dengan Hotel Kharisma tempat saya menginap.
Alangkah gembiranya saya menjumpai buku "Kudeta 1 Oktober 1965" oleh Victor M.Fic terbitan Yayasan Obor Indonesia.Buku itu mahal harganya jika teksnya di dalam Bahasa Inggeris.Buku tebal itu yang telah diterjemahkan di dalam Bahasa Indonesia hanya berharga RM30 sahaja! Buku yang mengkaji secara terperinci kegagalan Gerakan 30 September 1965 oleh Parti Komunis Indonesia sememangnya ada di dalam "wishlist" saya selama ini.

Dengan ongkos kurang daripada RM100 saya berjaya mendapat buku tersebut dan buku-buku lain seperti berikut:
2. Westerling:Kudeta Yang Gagal oleh Petrik Matanasi
3. Menembus Kabut Gelap;Bung Tomo Menggugat: Pemikiran,Surat dan Artikel Politik (1955 - 1980) oleh Sutomo (Bung Tomo)
4. Guru Bangsa: Sebuah Biografi Jenderal Sudirman oleh Sadirman
5. Mohammad Natsir & Perjuangan Politik di Indonesia oleh Waluyo
6.Majalah Tempo: Edisi Khusus 100 Tahun Sutan Sjahrir
2 comments:
Waduh... Nape tak bgtau nak pegi sana...
nak kirim buku...
waaaaa.....
Anon: Buku Pram tak jumpalah kat sana!
Post a Comment