Thursday, March 19, 2009

Keropok Jering


Keropok jering yang akhirnya ditemui di Rumah Makan Mak Syukur,Padang Panjang,Sumatera.

Semasa kecil, keluarga saya tinggal di Kg.Penjom,Kuala Lipis,Pahang.Waktu itu,bapa saya mengajar di sana sebagai Guru Besar SK Penjom (sekitar 1980-1987).Hubungan dengan masyarakat setempat cukup akrab.Hampir semua penduduk di kampung itu kami kenal.

Salah seorang daripada mereka yang rapat dengan keluarga kami waktu itu ialah Mak Betty (Baiti) yang kami hanya ketahui asal-usulnya daripada Sumatera. Saya masih mengingati Mak Betty kerana dia pernah membawa pulang ole-ole dari Sumatera berupa sebungkus keropok jering untuk keluarga kami!

Sayalah yang menghabiskan kesemuanya kerana ahli keluarga yang lain tidak begitu gemar dek aromanya yang 'harum'!Ia rangup tetapi rasanya lagi pahit daripada keropok belinjau (belinjo).

Saya mula ketagih keropok jering sejak daripada itu.


Keropok jering.

2 tahun lepas,semasa melawat Medan, saya cuba mencari keropok jering di Pasar Raya Medan,namun tidak berjumpa.

Semasa meneroka Tanah Minang baru-baru ini, kami dibawa oleh pemandu pelancong kami,Pak Afdhal untuk merasa keenakan Sate Padang di Restoran Mak Syukur di Padang Panjang.

Di sanalah, dengan secara tidak sengaja, saya terjumpa keropok jering yang dihidangkan bersama-sama sate padang di restoran itu.Aduh!Akhirnya saya berjumpa kembali dengan keropok jering yang dicari-cari selama ini.

Hampir 10 bungkus keropok jering saya asingkan daripada raga untuk dibawa pulang ke Malaysia.Melihatkan gelagat saya, pelayan di restoran itu sambil tersenyum simpul terus sahaja menghulurkan plastik bungkusan kepada saya.

Terima kasih Mak Betty kerana keropok jering yang diberikan beliau itulah yang akhirnya membawa saya ke Tanah Minang!

7 comments:

Unknown said...

Saya teringat ada keropok yang dihasilkan daripada kulit kerbau di Solo. Entah ya atau tidak.

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Saudara Anuar,

Ada.Di Sumatera, kulit lembu dijadikan keropok jangek(jangat).

Kalau di Raub,Pahang pula,jangek(jangat) yang diambil dari bahagian tengkuk lembu kemudian dibakar sedikit menjadi seperti agar-agar kering.Ia kemudian akan dicampur dalam gulai lemak rebung.

Di Raub ramai berasal-usulnya dari Sumatera.Ada orang Minang,Rawa dan Kerinchi.

Kalau di Laos atau Thailand,kulit B2 (hehehe....)

Rashid Sariani said...

Di malaysia memang kurang makanan unik macam ni.

sebenarnya ia hasil dari kreativiti ketika susah atau cara cara untuk 'mempreserved' sumber yang berlebihan dan kemudaiannya pada suatu hari dia dipanggil makanan tradisi.

Time will tell samada kek lapis sarawak akan jadi makanan tradisi atau tidak.. hahahaha

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Tuan Rashid,

Tepat sekali.

Caieja said...

Ada lg tak?

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Habis dah!Yang dibeli tu yang dah siap goreng.Rapuh sangat.Sampai Malaysia dah hancur.Tapi habis juga!

Nak pergi lagi ke sana hujung tahun.Nak kirim keropok?Atau buku?

Unknown said...

Sedap ke kerepek jering tu